CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2941|Reply: 3

Penghasut rumah tangga orang lain boleh didakwa

[Copy link]
Post time 22-2-2007 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Hak Muslim: Penghasut rumah tangga orang lain boleh didakwa
Zinul Rijal Abu Bakar


SAYA berkahwin atas dasar saling mencintai. Saya bekerja sebagai juruwang dengan berpendapatan sekitar RM1,000 sebulan. Isteri saya adalah eksekutif di sebuah syarikat antarabangsa dengan pendapatan RM4,000 sebulan.

Kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun. Apa yang merunsingkan saya ialah rakan sepejabat isteri sering menghasutnya supaya meminta cerai daripada saya. Alasannya gaji isteri lebih besar daripada saya.

Mereka berkata saya tidak layak menjadi suami kepada isteri saya dan tidak perlu menanggung saya. Mereka juga berkata isteri saya masih muda dan cantik. Isteri saya pada bila-bila masa boleh mencari lelaki lain. Saya amat gusar dengan keadaan ini dan khuatir keadaan ini akan mempengaruhi isteri saya. Apakah yang perlu saya lakukan.


RAIS,
Kampung Baru,
Kuala Lumpur.


Sebagai ketua keluarga, saudara hendaklah memastikan kebahagiaan rumah tangga saudara. Jangan disebabkan perkara kecil, kedudukan rumah tangga saudara mula goyah. Sebenarnya kebahagiaan sesebuah keluarga bukan terletak semata-mata atas dasar kewangan. Apa yang lebih penting ialah saling memahami dan bertolak ansur.

Rumah tangga bahagia adalah yang sentiasa dihiasi dengan kasih sayang. Suami isteri sepatutnya mengharungi segala masalah rumah tangga secara bersama.

Rundingan dan perbincangan amat penting bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Kedua-dua pihak sama ada suami atau isteri perlu memahami hak dan tanggungjawab masing-masing dan tidak sekali-kali mengabaikannya.

Oleh yang demikian, saudara dinasihatkan agar berbincang dengan isteri masalah yang dihadapi. Terima segala teguran dengan hati yang terbuka demi kebahagiaan rumah tangga saudara.

Perkara penting di sini bukan mencari kesalahan atau kelemahan sesiapa, tetapi sikap bertoleransi dan saling memahami itu menjadi kunci keharmonian rumah tangga.

Faktor rakan sekerja isteri saudara yang sering menghasutnya mungkin punca perubahan sikap isteri saudara itu.

Oleh itu, saudara juga perlu bersemuka dengan mereka bagi menerangkan keadaan sebenarnya. Namun, saudara perlu bijak apabila bersemuka dengan mereka agar pertemuan itu tidak akan memalukan isteri atau mengeruhkan lagi hubungan saudara dengan isteri saudara.

Sebenarnya menghasut orang supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan adalah suatu kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Seksyen 34 enakmen itu menyatakan :

"Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5, 000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya."


Ia bermakna mereka melakukan suatu kesalahan mengikut enakmen itu. Ingatkan mereka supaya tidak mencampuri urusan keluarga saudara dan sekiranya mereka masih berdegil, maka saudara boleh mengambil tindakan selanjutnya.

Sekiranya segala perundingan menemui jalan buntu, saudara boleh membuat aduan kepada pegawai penguat kuasa agama berhubung perkara itu. Pegawai penguat kuasa agama akan membuat siasatan dan sekiranya didapati bukti mencukupi, maka perkara ini boleh dipanjangkan kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk pendakwaan di mahkamah.

Selain tindakan undang-undang, yang lebih penting ialah hasrat saudara dan isteri untuk memulihara perkahwinan itu. Mungkin ada baiknya isteri saudara bertukar tempat kerja dan mendapat suasana kerja baru yang tidak menimbulkan tekanan kepadanya.

Saudara juga perlu berusaha untuk meningkatkan keupayaan kewangan supaya tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada gaji isteri. Saudara boleh melakukan kerja lebih masa atau bekerja sambilan di tempat lain dengan tidak mengabaikan keluarga.

Saudara juga perlu bijak menghargai jasa dan pengorbanan isteri dan jangan terlalu berat untuk memuji pengorbanannya.

Lazimnya isteri tidak meminta balik segala wang perbelanjaan yang dikeluarkannya tetapi hanya mahu pengorbanan mereka dihargai suami.

Dengan cara ini, isteri akan tahu bahawa pengorbanan mereka dihargai oleh suami dan akan menambahkan semangat mereka untuk memulihara keluarga mereka.

Saudara dan isteri juga perlu memikirkan kebajikan anak sekiranya sesuatu berlaku kepada rumah tangga saudara. Anak saudara akan kehilangan seorang daripada ibu bapanya sekiranya berlaku perceraian.

Justeru, saudara perlu berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga demi anak. Tentunya isteri saudara juga tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada anaknya.

Oleh kerana perkahwinan saudara adalah atas pilihan sendiri, imbaukan kenangan di antara saudara dan isteri sebelum perkahwinan, pada awal perkahwinan dan ingatkan isteri saat kebahagiaan yang dilalui bersama.

Kenangan itu perlu diperbaharui supaya saudara dan isteri sentiasa menghayati keindahan bersama itu.

Saudara juga jangan lupa untuk berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah dan kekuatan kepada saudara dan isteri dalam mengharungi segala onak dan duri dalam mempertahankan rumah tangga.

Sesungguhnya manusia berusaha dan Allah yang menentukan segala-galanya. Selepas berusaha dan berdoa, bertawakallah kepada-Nya, Allah akan menentukan perkara yang terbaik kepada saudara. Insya-Allah.



Zinul Rijal ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Pandangan dan persoalan kemukakan kepada PGSM pada [email protected], faksimile 03-80259495 atau layari http://www.pgsm.org.my/v2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2007 10:50 PM | Show all posts
Tuan loyarr & yang lain2 berkenaan;

pernahkah kes seumpama ini terjadi di Malaysia? jika ya, saya ingin mengetahui dan berminat ttg kes seumpama ini.

dan jika belum ada, ada tak mana2 rujukan yang boleh saya rujuk utk saya menambah pengetahuan.

TQ

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:01 PM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

syd, rasanya setiap state mmg ada provision dlm enakmen undang2 islam masing2 about hasut bercerai. nanti aku cari lagi.


errr.. yg ni pun harap pakar2 syariah dpt tolong jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:04 PM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

hmmm.. i takder access to syariah cases la sekarang,,,, susah sikit nak cari so i cant confirm whether dah ada or belum kes ni.. tp undang2nya mmg dah ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057431 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list