CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 39436|Reply: 30

PENYAKIT KATARAK @ SELAPUT MATA

[Copy link]
Post time 27-2-2007 04:50 PM | Show all posts |Read mode
kalau pembedahan di hospital kerajaan... mmg tidak memuaskan, tapi kalau pembedahan di hospital swasta... mmg ada kelas... masalahnya kos yg tinggi . Bolehkan kita mengeluarkan akaun 3 (kalau tak silap) utk pembedahan membuang selaput?? Any one can answer?? Jawapannya tentu kena tanya KWSP.... kalau nak pegi memg tak berbaloi.. kalau talipon busy memanjang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 06:37 PM | Show all posts
Saya rasa boleh...tapi untuk puas hati you hantar email kpd KWSP..

http://www.kwsp.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 07:50 PM | Show all posts
dulu mertua saya buat kat klinik shukri & hardeep jalan ipoh dlm RM4000 sebelah mata.

kwsp dah takde akaun 3. so baki dlm akaun 3 tu di masukkan ke akaun 2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 11:40 AM | Show all posts

Reply #3 smeetasmitten's post

Quotation dari Dr. Shukri & Hardeep mmg RM4000 adalah pakej yg lepas operation boleh balik. Tapi tu ler.. mana ler nak cekau 4000 sekelip mata... hanya epf saya jln terakhir. I dah try buka website kwsp.. tapi very..very slow.. keluar tajuk aje.. tapi blank...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 12:03 PM | Show all posts
psl keluar epf ni saya rasa boleh sbb dulu kwn saya bersalin emergency c-sect pun dr boleh bagi surat utk keluar epf.

pastu ada borak2 dgn satu org ni yg baru keluar duit epf utk operate mulut anaknya yg sumbing (cleft palate).

tapi epf punya policy ni cepat berubah, mungkin dulu boleh tapi tahun ni tak boleh. so saya rasa better awak pegi terus kat jln raja laut tu tanya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 08:17 AM | Show all posts
Pembedahan katarak: Apa yang patut anda ketahui

Oleh: DR. YEOH PHEE LIANG (Advance Vision Eye Specialist Centre [email protected])

BERIBU-RIBU rakyat Malaysia telah menjalani pembedahan katarak. Ia adalah satu prosedur yang ringkas dan biasa. Meskipun pembedahan ini membawa sedikit risiko, ia tidak mendatangkan masalah yang benar-benar membahayakan.

Namun demikian, masih terdapat perkara dan isu yang patut disedari dan diberikan pertimbangan sebelum anda menjalani pembedahan katarak.

Apakah yang dikatakan katarak?

Katarak berlaku apabila kanta mata menjadi kabur disebabkan oleh pengumpulan protein dalam kanta mata. Tahap keseriusannya boleh diklasifikasikan mengikut usia, peringkat, jenis dan puncanya.

Bagaimanakah pembedahan katarak dilakukan?

Kebanyakan pembedahan katarak dilakukan dalam dua cara:

1- Pembedahan lebihan kapsul. Insisi/torehan berukuran kira-kira 6mm dibuat di sekeliling kornea dan kanta kabur dikeluarkan daripada mata.

Kanta tiruan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg kapsul (beg kapsul kekal dalam keadaan asal selepas pengumpulan protein dibuang). Luka kemudian ditutup dengan jahitan halus.

2- Fakomulsifikasi. Ini adalah kaedah yang digunakan untuk membuang katarak menerusi insisi tanpa jahitan.

Satu jarum titanium halus yang bergetar pada frekuensi ultrasound (kira-kira 40,000cps) digunakan untuk menanggalkan nukleus kanta, yang dikeluarkan menerusi jarum yang sama.

Kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul tanpa memerlukan jahitan. Kanta yang digunakan adalah sebegitu lembut hinggakan ia boleh dilipat dan dimasukkan menerusi insisi halus.

Kanta itu kemudiannya dikembangkan hingga saiz penuh di dalam beg kapsul yang tersangat getas dan tidak terusik.

Pembedahan bentuk ini dinamakan pembedahan laser tetapi pada hakikatnya ia menggunakan tenaga ultrasound.

Fakomulsifikasi mempunyai beberapa kelebihan berbanding pembedahan lebihan kapsul.

Oleh kerana luka dalam pembedahan fakomulsifikasi adalah lebih kecil, pesakit akan pulih dengan lebih cepat. Lagipun, kemungkinan mendapat jangkitan adalah lebih rendah.

Jika dilakukan oleh pakar, pembedahan ini boleh disempurnakan dalam tempoh lebih kurang sepuluh minit manakala pembedahan lebihan kapsul mengambil masa lebih dua hingga tiga kali ganda. Bagaimanapun, pembedahan fakomulsifikasi lebih sukar dilakukan jika kanta terlalu tebal.

Bilakah seseorang memerlukan pembedahan katarak?

Seseorang tidak seharusnya dipaksa menjalani pembedahan katarak. Keputusan untuk menjalani pembedahan katarak hendaklah ditentukan oleh keperluan gaya hidup pesakit dan bukan oleh doktor.

Ia bergantung kepada tahap kemerosotan penglihatan yang dialami oleh pesakit. Sebagai contoh, seorang nenek mungkin berpuas hati dengan kejelasan penglihatan sebanyak tujuh puluh peratus kerana tuntutan gaya hidupnya hanya memerlukan dia bermain dengan cucu dan membuat sedikit kerja rumah.

Sedangkan bagi seseorang yang memerlukan penglihatan yang sempurna untuk memandu dan membuat kerja halus, kekaburan penglihatan walaupun sedikit, boleh mendatangkan masalah.

Patutkah saya mempercayai kemahiran doktor atau mesin berteknologi tinggi?

Penggabungan peralatan moden dengan rekod yang terbukti dengan kemahiran doktor adalah kombinasi yang terbaik. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang berterusan, seseorang mesti berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan dakwaan teknologi canggih dan mesin baru.

Biarpun ringkas, pembedahan katarak masih berisiko. Penilaian secara teliti dan penjelasan yang lengkap mesti diberi oleh doktor.

Anda juga seharusnya menyiasat latar belakang kakitangan yang melayani anda - adakah mereka mewakili pelabur swasta yang mengharapkan pulangan lebih tinggi daripada pelaburan mereka?

Atau, adakah mereka benar-benar pakar oftalmologi? Adakah anda lebih suka menerima nasihat daripada seorang doktor atau pakar bedah yang akan menjalankan pembedahan anda atau pasukan jualan yang cuba mengagumkan anda dengan pakej paling mahal?

Ingatlah, jurujual bukanlah orang yang akan menjalankan pembedahan anda. Bidang ubat-ubatan tidak boleh diperkenalkan semata-mata untuk mencari keuntungan.

Ia bukan komoditi dan anda seharusnya berwaspada terhadap mereka yang mungkin menggunakan industri perubatan semata- mata untuk kepentingan dan keuntungan mereka sendiri.

Kerana itulah Kementerian Kesihatan berusaha untuk membanteras pelabur yang menggunakan doktor sebagai proksi.

Apakah implan kanta yang harus saya pilih untuk pembedahan katarak?


Selepas katarak dibuang, kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul yang tinggal. Ketepatan kuasa kanta yang dimasukkan dikira sebelum pembedahan.

Kuasa tersebut boleh memulihkan penglihatan mata pesakit kepada 20/20 atau membetulkan rabun dekat atau rabun jauh. Astigmatisme tidak boleh diperbetulkan dengan kanta konvensional tersebut.

Contohnya, sebelum pembedahan, cermin mata yang dipakai mungkin rabun jauh dioptre -3.00, astigmatisme dioptre -0.75. Selepas pembedahan, pesakit mungkin hanya mempunyai kuasa astigmatisme dioptre -0.75.

Pergantungan terhadap cermin mata sebanyak 100 peratus sebelum pembedahan telah berkurangan dan anda boleh melakukan tugas harian tanpa memakai cermin mata.

Tetapi, pencapaian terbaru kini?

Alangkah bagusnya jika ada kanta tiruan yang memperbetulkan kedua-dua jenis kerabunan - jarak jauh dan jarak dekat - tanpa perlu bergantung kepada cermin mata.

Kini, syarikat kanta tiruan yang terkenal seperti Alcon dan AMO telah melancarkan kanta multifokal (berbilang fokus) di pasaran.

Sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat ini, garis panduan yang ketat dan pemilihan pesakit dengan betul sangat penting untuk memastikan kejayaan kanta ini.

Penilaian sebelum pembedahan mesti memastikan pesakit mempunyai hanya sedikit atau tiada langsung astigmatik dan selepas pembedahan, pesakit tersebut hampir tidak memerlukan cermin mata langsung.

Malangnya, doktor dan individu yang terlalu ghairah telah menyebabkan kekesalan di kalangan pesakit yang tidak puas hati dengan kanta baru ini.

Terdapat sekumpulan pesakit yang diberi janji palsu dan akibatnya, mengadu penglihatan yang kabur bagi jarak dekat dan jarak jauh selepas pembedahan.

Saya telah meneliti kes ramai pesakit yang melalui pengalaman yang menakutkan dan kesilapan astimatik yang tinggi.

Lebih menakutkan, sesetengah pesakit yang muda yang masih tidak mengalami sebarang kekaburan dipujuk supaya menjalani pembedahan implan kanta multifokal.

Memburukkan lagi keadaan, adalah sukar untuk mengeluarkan kanta sedemikian tanpa menjejaskan keutuhan kapsul yang meletakkan kanta dalam kedudukan yang betul.

Di samping itu, seseorang mesti melakukan pembedahan bilateral untuk memperolehi kesan-kesan kanta multifokal sepenuhnya.

Justeru, pesakit menghadapi dilema kerana kanta terlekat dalam beg dan dia keberatan untuk menjalani pembedahan bagi mata yang sebelah lagi dengan kanta yang serupa.

Adakah saya seorang calon yang sesuai untuk pembedahan katarak dan implan kanta multifokal (fokal berbilang)?

Pembedahan diharuskan apabila masalah katarak menjejaskan gaya hidup anda. Semua jenis pembedahan, baik pembedahan katarak, laser mata atau sebarang pembedahan khusus yang lain, mempunyai risikonya.

Oleh yang demikian, semua pembedahan hanya patut dikendalikan oleh doktor yang pakar.

Seseorang tidak harus membiarkan jurujual memujuk mereka supaya menjalani pembedahan. Aspek perniagaan tidak boleh sama sekali melebihi kepentingan pesakit.

Jika anda digalakkan menjalani sebarang pembedahan seperti implan kanta multifokal, sekurang-kurangnya tanya doktor pakar sama ada dia boleh menjanjikan penglihatan jarah jauh dan jarak dekat yang jelas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2007 09:41 AM | Show all posts
dulu mertua saya buat kat klinik shukri & hardeep jalan ipoh dlm RM4000 sebelah mata.<br />
<br />
kwsp dah takde akaun 3. so baki dlm akaun 3 tu di masukkan ke akaun 2.
<br />

erk, mahal jugak ek... mak saya pon ada masalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 11:24 AM | Show all posts
Cuba tanya catarak and eye laser centre kat kelana jaya tuh...same row ngn Kelana jaya Medical Centre ...blkg FAS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2008 07:25 PM | Show all posts
OMG, my mom kene penyakit ni lah... nk wat pembedhn sure r duit x cukup... OMG !!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 04:20 PM | Show all posts

ustaz sufi

kalo tak mampu buat operation, makan la VISIONEX dari Usana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 02:48 PM | Show all posts

Balas #10 pinko\ catat

Visionex tu ape? bagi maklumat detail sikit. daddy kene katarak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 07:58 PM | Show all posts

Reply #10 pinko's post

Sure leh pulih kew??? I'm afraid that thin' has side effects
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 10:14 PM | Show all posts
I think its cheaper at UMMC.  My sister's mother in-law buat eye surgery last month. Total cost about RM700++ je for one eye.  Dia masukkan lens dalam mata.  The first eye was last year.  RM700++ jugak.  

Alhamdullillah okay je.  She's very happy boleh membaca, tengok muka orang and most of all she's able to take care of herself - tak lah senang jatuh sebab tak nampak.

If you have extra money can try UMSC - private wing.  UMMC ni waiting list panjang sikit.  But if its an urgent case boleh lompat list.  

My eldest sister works at UMMC - so I have inside information.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 09:45 PM | Show all posts

Reply #13 AnitaSabrina's post

Well, agak2 lame x proses seleps pembedhn, I mean, Leps pembedhn, nk kene gi kimo ke ape x???
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 06:26 AM | Show all posts
Klien saya baru lepas buat katarak opration kat KPJ hospital..bil around RM4,000+..using medical card..

Then balik umah, dapat lg duit masuk poket..

CLAIM PRUBSN:Operation Mata: BIL RM4,500
Warded Elaun: RM400 (masuk poket)




Kalau buat katarak surgery kat hospital kerajaan pun boleh..takde masalah, kalau kita sanggup ikut GILIRAN yg panjangggggg...cost cataract surgery kat govt. hospital ialah RM900-rm1000 utk cost pembelian lense..kanta tu memang mahal..

Kalau nak buat surgery kat hospital swasta lg cepat..tp perlu ada WANG laaa..unless u ada insuran, gerenti tanggung!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 01:47 PM | Show all posts
jenguk siggy utk rawatan mata....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 03:34 PM | Show all posts
uiks mahey nyer korang operate mata, dulu aku buat kat THONEH RM2100 ja......... tapi tuh tahun 2000 lar........
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 03:40 PM | Show all posts
ada ayah kawan makan visionex usana tertanggal katarak mata dia....
rabun jauh reduce sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 03:50 PM | Show all posts
saya memang pengguna Qurrotaaini 1..alhamdulillah berkurangan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 02:21 AM | Show all posts
kalau pembedahan di hospital kerajaan... mmg tidak memuaskan, tapi kalau pembedahan di hospital swasta... mmg ada kelas... masalahnya kos yg tinggi . Bolehkan kita mengeluarkan akaun 3 (kalau tak sila ...
adiraa Post at 27-2-2007 16:50


klien saya baru buat pembedahan mata katarak..kejap je surgery around 30 min..tak overnite pun kat spital..

buat pagi..tghari dah bole balik..

Bil dia more than RM3000

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.310888 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list