CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18569|Reply: 108

Zombi Kampung Pisang ~ tayangan 19 April 2007

[Copy link]
Post time 25-3-2007 04:33 PM | Show all posts |Read mode




Sinopsis:

Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam. Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, Bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan telah menyaksikan kejadian itu lalu mengusung mayat Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung. Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena杕ena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang. Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia. Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombie' mula menyerang orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh "Zombie-Zombie". Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?

The peace and serenity of Kampung Pisang (Banana Village) is thrown into complete chaos when one by one, the village folks die under mysterious circumstances. When the dead bodies disappear, three lads
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2007 04:34 PM | Show all posts
Zombi Kampung Pisang di pawagam seluruh Malaysia 19 April 2007...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 08:10 PM | Show all posts
konpom masuk list filem2 sampah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by FAC at 25-3-2007 08:10 PM
konpom masuk list filem2 sampah


memang ponnnnnnnnnnnn...................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 12:22 AM | Show all posts
alahai korg ni... awal2 dah berpikiran negatif... tgk pun tak lagi...

just thinking optimumly....



[ Last edited by  laislabonita at 26-3-2007 12:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 11:59 AM | Show all posts

Reply #5 laislabonita's post

dah try sampai pecah kpale otak..tp bace sinopsis die pon dh ckuplah nk menggambarkan filem ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2007 03:21 PM | Show all posts
citer ni mesti kelako dia lain mcm..cam citer man laksa tu...tak paham aku...
takpe...try la tgok dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by FAC at 26-3-2007 11:59 AM
dah try sampai pecah kpale otak..tp bace sinopsis die pon dh ckuplah nk menggambarkan filem ni....


filem2 seperti ZKP ini mmg kurang sesuai utk peminat2 filem yg berbentuk realisme. sekiranya anda tak suka filem sebegini, itu bermakna citarasa anda adalah lebih menjurus kpd filem2 realisme (filem2 yg hidup, dan penuh dgn logika, serta memaparkan aksi2, lakonan, plot cerita dll. yg masuk akal sangat2). itu cuma perbezaan citarasa, jgn bimbang.

ZKP adalah filem surrealisme, sama seperti Man Laksa. ia tidak bergantung kpd logik. filem2 sebegini mencipta dunianya yg tersendiri. ada sesetengah filem sebegini 'sengaja' dibuat utk nampak seperti murahan dan selalunya akan memasukkan seberapa byk benda pelik (watak2, pemikiran, plot, suntingan, lagu/muzik dll. contohnya dlm Man Laksa kita boleh dengar lagu2 zaman moden)

ZKP pada pandangan aku menjurus ke arah 'kartun' tetapi penyampaiannya cuba mengaitkan alam semasa, contohnya keadaan di kampung.

filem2 surrealisme (tidak realisme) sebenarnya menguji penonton sama ada mereka mampu masuk ke dunia ciptaan itu (yg sebenarnya tidak wujud, tetapi cuba memainkan perasaan penonton dgn membuatkan mereka percaya itu semua benar, iaitu dgn menggunakan setting kampung). dlm Man Laksa penonton terkejut apabila terpaksa (atau dipaksa) keluar dari dunia ciptaan Man (lakonan Yasin) pada penghujung filem itu. ia macam satu gurauan (sindiran?) pada penonton yg suka bermimpi dlm dunia ciptaan filem (seolah-olahnya semua filem itu perlu dikaitkan dgn alam realiti, sedangkan tidak perlu begitu. Pengarah memikirkan bagaimana sekiranya dia beritahu penonton bahawa itu semua adalah rekaan dan bukan realiti, apa akan jadi?). seolah-olah Mamat Khalid menyeru penonton supaya "kembalilah berpijak di bumi nyata, ini cuma filem la..". itu apa yg aku faham pasal Man Laksa, tak tahu pula bagaimana garapannya dlm ZKP kali ini..



[ Last edited by  khys at 27-3-2007 10:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 01:59 AM | Show all posts
Originally posted by khys at 27-3-2007 10:26 AM


filem2 seperti ZKP ini mmg kurang sesuai utk peminat2 filem yg berbentuk realisme. sekiranya anda tak suka filem sebegini, itu bermakna citarasa anda adalah lebih menjurus kpd filem2 realisme ...


ic .. baru tau konsep surrealisme ni .. patutla Man Laksa tu lain mcm jer ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by khys at 27-3-2007 10:26 AM


filem2 seperti ZKP ini mmg kurang sesuai utk peminat2 filem yg berbentuk realisme. sekiranya anda tak suka filem sebegini, itu bermakna citarasa anda adalah lebih menjurus kpd filem2 realisme ...


TQ for sharing the knowledge .. at least I learn something today ..

Baca synopsis ZKP .. nampak biasa je ... tunggu film keluar dulu la .. baru decide nak tgk ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 02:56 PM | Show all posts
tgk barisan pelakon cam best..kiranya bulih nak bergelak ketawa la...

hopefully ending cite ni bukan mimpi/angan2/anti klimax..cam man laksa..bangang sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 07:02 PM | Show all posts
aku tak tau nak komen apa,

dari segi pengalaman aku, filem arahan mamat khalid ni nampak cam best, tapi jalan cerita hampeh ( aku rasa baik dia buat kartun jer la )

cam cerita ni pun aku tgk barisan pelakon bagus, tapi jln cerita tak tau la,

cth cam filem rock-ntah apa2, man laksa ( aku tak tgk , aku tgk sikit kat astro , ahad hari tu, tak dpt konsntrate pasal sibuk buat kerja lain )

tapi cam tak best jer.......

nanti korang tgk , korang komen la
Reply

Use magic Report

annasoparanoid This user has been deleted
Post time 5-4-2007 08:19 AM | Show all posts
klubbkidd dah komen filem nih kelakar..so..nak gi tengok lah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 09:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 02:35 PM | Show all posts
Keratan akhbar dari berita harian..cam best aje cite nie..

Tidak kering gusi tonton Zombi Kampung Pisang Oleh Zainuri Misfar

ADA kalanya menyeramkan, tetapi pada masa samaboleh menyebabkan kita tidak kering gusi gara-gara penduduk sebuahkampung dikenali Kampung Pisang menjadi hantu zombie. Cerita pelik,tetapi menarik dan melucukan. Itulah filem terbaru arahan Mamat Khalid- Zombie Kampung Pisang terbitan Tayangan Unggul yang bakal menemuipenonton bermula 19 April ini.

揝aya teringin hendak buat hantu Melayutetapi dalam genre komedi. Jadi, apa kata saya buat zombie sebab belumpernah ada buat zombie. Memang orang Melayu dulu tak ada cerita zombie,cuma orang Melayu moden ini tahu apa itu zombie.

揝aya fikirkalau memang tak boleh buat kalau ceritanya bermula dengan orang matidalam kubur, bangkit semula, jadi hantu punjut atau hantu pocong, nantijadi isu berpanjangan pula. Hendak elak jadi masalah, sebabmenghidupkan orang sudah mati, saya buat pasal orang kampung jadizombie selepas termakan makanan tercemar,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2007 07:00 PM | Show all posts
ak suka mamat khalid..mengrah bagus dan slalu ada double meaning dlm cite2 dia..i like him n appreciate his movies
nk tgok zimbie kg. pisangggg!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 07:07 PM | Show all posts
hmmm..sedap ker yek citer nih....tp aku film mamat takder arr terok sgt dan takder arrr sedap sgt....hmmmmmtunggu jer ler...tp dier nyer jln citer agak menarik....kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 09:25 AM | Show all posts
aku pon x suka sgt citer mamat khalid ni...tp bila TERtengok citer man laksa kt astro, tiba2 aku suka lak..terhibur gak....so myb aku nk layan citer ni nnt lak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 10:26 PM | Show all posts
ak tgk trailer dia best..klaka
especially si AC disini dgn que haidar...klaka
xsangka que blh berlakon watak komedi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.072690 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list