CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7304|Reply: 86

'Saya tidak pernah aniaya Mawi!' - Aman World

[Copy link]
Post time 16-4-2007 04:00 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tidak pernah aniaya Mawi!'Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Aman Ali kini tidak lagi bersama Mawi. Dia, dipecat, disingkirkan atau apa? Jom Semuka dengannya.

"SIAPA kata saya dipecat? Cerita itu karut, tak betul. Saya bukan dipecat tapi saya dengan rela hati meletak jawatan selepas tiga tahun berkhidmat dengan Maestro & Talent Management. Hari terakhir saya bersama syarikat itu pada 16 Februari 2007.

Sebenarnya sudah lama saya fikir mahu letak jawatan. Bebanan tugasnya terlalu berat tapi dengan nasihat Freddie Fernandez, saya tangguhkan beberapa kali. Saya rasa masanya sudah sampai dan saya mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan saya sendiri.

Antara saya dan Maestro Talent & Management, kami tak ada masalah. Cuma saya perlu melupakan Maestro demi melihat dua syarikat yang ditubuhkan, Ali & Ali Medialinks dan Hati Budi Events melebarkan sayapnya.

Bekerja dengan Maestro memerlukan komitmen yang tinggi. Hidup saya hanya untuk kerja dan kerja. Mungkin tak ada masalah kerana saya belum berkeluarga ketika itu, tapi sekarang dah pun berkahwin dan isteri pula sedang sarat hamil anak pertama kami.

Saya mula berkhidmat dengan Maestro sebelum Akademi Fantasia (AF) musim kedua berakhir, semua orang tahu, AF2 dan AF3 adalah zaman kegemilangan program realiti TV itu, tentunya tak menang tangan menguruskan banyak perkara.

Kerja saya bukan saja menguruskan artis AF, promosi dan rakaman malah penajaan dan konsert tour AF pun saya kena fikir. Untuk menambahkan pendapatan artis dan syarikat, saya juga cipta sistem pengumpulan wang yang mana 70 peratus pendapatan diterima artis, manakala 30 peratus masuk dalam akaun syarikat dalam setiap persembahan artis, selepas ditolak kos penginapan, makan dan pengangkutan.

Bagaimanapun ramai tersalah anggap. Mereka kata Maestro dapat 70 peratus dan selebihnya artis! Selepas enam bulan, sistem itu semakin berjalan lancar. Apa yang dapat saya katakan, Maestro memang buat untung bersama artis bawah naungannya.

Ketika itu, artis AF1 dan AF2 laris macam pisang goreng panas-panas. Sebut siapa saja, yang menang atau kalah, semuanya mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Dengan tenaga kerja yang tak berapa kerat ini, kami bertanggungjawab mengusung ke hulu hilir artis AF1 dan AF2 siang dan malam. Itu belum tour AF ke 14 negeri lagi! Jadi bayangkan bagaimana `gilanya' kami bekerja. Apabila AF3 bermula, bebanan kerja makin bertambah, walaupun Mawi ketika itu baru beberapa minggu dalam AF.

Saya sudah melakukan berbincang dengan beberapa penaja yang inginkan Mawi sebagai duta, sedangkan Mawi baru dalam tiga atau empat minggu dalam AF, nasib untungnya pun belum ditentukan lagi tapi saya yakin Mawi mempunyai harapan yang amat cerah.

Selepas Mawi jadi juara, Maestro menerima 23 kertas cadangan untuk menjadikan Mawi sebagai duta produk.

Daripada 23 kertas cadangan itu, kami hanya menerima lapan mengikut kemampuan dan produk yang sesuai hingga hari ini. Bayangkanlah.

Mawi juga pembawa rezeki kepada kawan-kawannya yang lain. Seperti Power Root dan Mamee, kertas cadangan kami turut menyertakan nama artis AF lain seperti Felix, Marsha dan Farah, selalunya apa yang kami cadangkan tidak ditolak pelanggan, alhamdulillah.

Sana sini, baik TV, radio, media massa mahupun golongan VVIP semuanya mahukan Mawi, Mawi! Selama sembilan bulan saya bekerja dengan Mawi, sampaikan balik rumah hanya untuk salin baju dan tidur pun dah tak tentu arah. Rasanya macam tak sempat bernafas!

Mawi pula bagai tak percaya, kenapa orang fanatik pada dirinya? Kenapa? Dia beritahu dia tak percaya, rasa dunia macam dah nak terbalik! Hari-hari dia tanya saya, boleh ke dia buat, jadi kami kena ajar dia macam-macam benda, just be cool, be cool.

Bagaimana cara komunikasi dengan wartawan, berdepan orang kenamaan dan kerabat diraja, semuanya kena diajar. Kami mengajarnya sederas mungkin kerana setiap hari Mawi akan bertemu orang yang berlainan.

Namun apa yang ingin saya tegaskan di sini. Saya tidak pernah menganiaya Mawi atau artis AF lain demi kepentingan diri saya sendiri. Tiga tahun saya bekerja dengan Maestro rasanya macam dah tujuh, lapan tahun bekerja. Jadi saya fikir, sudah sampai masa saya perlu beralih angin."

> Punca pelajar AF4 kurang menjadi

"BAGI saya, AF1 adalah permulaan yang baik kerana kebanyakan bekas pelajarnya dah jadi somebody. Kalau tidak penyanyi, mungkin pelakon, deejay dan hos program TV. AF2 dan AF3 adalah detik paling menguntungkan apabila AF sedang berada di puncak. Bagaimanapun saya sedih apabila AF4 tidak menjadi. Puncanya kena kaji, janganlah hanya menuding jari pada Maestro seratus peratus.

Hingga kini, Maestro masih memikul tanggungjawab terhadap 24 artis AF. Sebahagiannya pula sudah memilih jalan hidup sendiri. Apabila artis terlalu ramai, setiap tahun ada saja yang baru, Maestro sendiri tak terpikul tugasan menguruskan kerjaya seni mereka.

Jadi bagi mereka yang sudah mampu bergerak sendiri, mungkin tindakan meminta pelepasan daripada Maestro adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Bagaimanapun ada sesetengahnya selepas keluar AF terus menghilangkan diri, sukar dihubungi. Bagaimana Maestro hendak membantu menguruskan perjalanan seni mereka kalau sukar hubungi mereka? Apabila tiada album atau show, mereka pula salahkan Maestro, kata kami hanya memilih artis tertentu untuk jadi anak emas.

Mereka yang jadi `anak emas' adalah mereka yang selalu rajin-rajin jenguk pejabat Maestro, senang dihubungi dan tidak banyak kerenah. Apabila diberitahu persembahan amal, ada pula yang menolak. Memanglah tidak dapat bayaran atau jumlahnya `ciput' tapi mungkin dengan persembahan yang dilakukan, ada mata lain yang berminat mengambil mereka menjayakan persembahan lain. Itu mereka tidak percaya. Terus terang, percayalah persembahan amal yang dilakukan secara jujur akan selalu menjadi pembuka rezeki.

Nasihat saya, jangan terlalu bergantung kepada Maestro. Sebagai artis, mereka perlu pandai cari peluang dan mempunyai komunikasi yang baik.

Saya percaya Mawi, Felix, Adam, Marsha, Amylea, Adam, Farah, Zahid, Haziq, Faizal dan Zila mampu menjadi pelapis perjuangan artis lama. Cuma satu nasihat saya, jangan mudah lupa diri dan ingat daripada mana kita datang.

Apa yang penting, belajar daripada pengalaman dan sentiasa mempertingkatkan mutu nyanyian dan persembahan dari semasa ke semasa.Saya amat yakin Mawi akan mampu bertahan menjadi `nombor satu' dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun lagi. Itupun kalau dia sanggup kerja keras. Kalau Mawi konsisten dengan vokal dan showmanshipnya, mungkin dia boleh pergi lebih lama. Selain itu, Mawi perlu berani tampilkan kelainan dari segi muzik dan persembahannya dalam album. Kalau tidak versatile, peminat akan lekas muak dan jemu."

> Mahu uruskan banyak projek amal

"DUA syarikat saya yang baru ditubuhkan, Ali & Ali Medialinks dan Hati Budi Events masih menjalankan kerja-kerja berkaitan seni. Kami menguruskan kerjaya artis, persembahan, karnival amal, pelancaran produk, penajaan untuk artis dan macam-macam lagi. Semuanya dibuat dengan teratur dengan bantuan kakitangan kami sendiri.

Projek sulung saya nanti adalah menguruskan Karnival Amal Pulau Pinang 2007 untuk warga emas, anak-anak yatim dan golongan kurang upaya.

Bertempat di Penang International Sports Arena (PISA), Pulau Pinang, kami dengan kerjasama Koperasi Ikatan Muafakat Ummah Pulau Pinang Berhad dan Kelab Ikhwan Pulau Pinang akan menganjurkan konsert amal yang membabitkan artis seperti Mawi, Ramli Sarip, Awie, Nurul, Karen, Nora dan Zila pada 4 dan 5 April ini, jam 8.30 malam.

Ingin saya maklumkan di sini, tiketnya cuma berharga RM30 dan kutipan akan disalurkan kepada Kerajaan Pulau Pinang. Enam lokasi rumah orang tua dan anak-anak yatim sudah kami kenal pasti untuk menerima bantuan daripada hasil pertunjukan itu, selama dua malam berkenaan. Ia dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Berbalik kepada hubungan saya dengan Mawi, kami tidak pernah bergaduh pun. Kalau tidak, masakan kami masih bekerjasama seperti dulu. Cuma hendak berjumpa tidaklah sekerap dulu kerana Mawi sibuk, saya juga sibuk."


PROFIL:
NAMA: Aman Ali
USIA: 45 tahun
TEMPAT LAHIR: 29 Jun 1962
KERJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Hati Budi Events dan Ali & Ali Medialinks
ISTERI: Norazrin Md Radzi, 25.
PENGALAMAN: Sebelum Mawi dan artis AF, Aman pernah menguruskan kerjaya kumpulan hip hop terkenal, Too Phat, sehingga mereka berjaya mencipta nama gah di Indonesia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 04:07 PM | Show all posts
tp psl die la kes mancing2 tue timbul kan muahahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:08 PM | Show all posts
Banyak gak jasa brother AMAN WORLD ni.

Selalu jerk kena ngan fan Mawi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:12 PM | Show all posts

Reply #2 dino's post

Aman ni bagus..sib baik dia ada.
Kalau tak Mawi ni masak la kena ikut cakap bebudak Mawi FC yang kononnya tau sangat selok-belok dunia hiburan nih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:13 PM | Show all posts
oooo aman dah resign ek dari maestro baru aku tau ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:14 PM | Show all posts
lepas dah tak bersama World.. dia still guna nama Aman World ke?
skang ni sapa yang akan dpt gelaran World ittew..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2007 04:15 PM | Show all posts

Reply #4 kekekek's post

btul gak tue... tp die nie bleh tahan sosialnye hikhik
btw dulu ade org ngadu psl mfc psl layan musti tip top....
mawi pi mana2 event musti ade jemputan rasmi kat plesiden... itu mfc yg dulu... agak2 yg skrg nie cam mana ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2007 04:15 PM | Show all posts
dah tentu yang 'world' tuh, dia yang cipta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 04:16 PM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

iyo la dia cipta Syd

dalam kamus dah lama ada..
hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #7 dino's post

Masa dia gaduh ngan bebudak MFC ..aku suka bangat kat dia nih.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:23 PM | Show all posts
patutla skrg ni mawi slalu ngan wan maestro tu ......
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:25 PM | Show all posts

Reply #10 kekekek's post

ye betul -

mfc mmg bajingan ;) -
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:31 PM | Show all posts
Bajingan tu  apa? Pernah dengar tapi xpasti maknanya...yang pasti benda tak elok;)
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:56 PM | Show all posts

Reply #13 ramura's post

bajingan tu mcm memang jahat giler gitu.....
sorry ...kalo salah makna...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 16-4-2007 06:25 PM
ye betul -

mfc mmg bajingan ;) -



ishh..tak baik cakap cam tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 07:06 PM | Show all posts
bajingan tu penjahat, pencuri

MFC tu penjahat ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 08:10 PM | Show all posts
patutlahmawi  kurang kontroversi sekarang ni sbb aman dah takder....aman gamaknya hidup mawi
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 16-4-2007 06:25 PM
ye betul -

mfc mmg bajingan ;) -


this is too much lah..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 16-4-2007 08:10 PM
patutlahmawi  kurang kontroversi sekarang ni sbb aman dah takder....aman gamaknya hidup mawi


betul lah agaknya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 08:50 PM | Show all posts

Reply #17 zamzam's post

ahaks... lawak tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.705577 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list