CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32386|Reply: 139

1957 - HATI MALAYA [HEART OF MALAYA]

[Copy link]
Post time 19-3-2007 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 17-4-2011 18:59

Judul filem: 1957 - Hati Malaya

Pengarah: Shuhaimi Baba



Pelakon (watak):
Maya Karin (Salmi / Normala)
Rusdi Ramli (Hali / Azahari)
Mohd Kamarulzaman Taib (Tunku Abdul Rahman)
Zaefrul Nadzarine Nordin (Datuk Onn)
Noor Azhar Murad (Tun Razak)
Nanu (Datin Sharifah Rodziah)
Megat Sharizal (Tun Ismail)
Adlin Aman Ramli
Sharifah Amani
Bront
Douglas
Ida Nerina


SINOPSIS:
Semangat 慚ERDEKA??Pengorbanan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Melayu Negara yang memperjuangkan kebebasan Negara kita dari penjajah tidak terbatas nilainya. Oleh yang demikian amatlah penting bagi kita sebagai warganegara Malaysia untuk mempertahankan kebebasan yang telah dikecapi dengan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab supaya masa depan anak bangsa terjamin.
Empat orang anak muda, Salmi, Razak, Ani dan Angee telah diberi tugas untuk membuat scrap book gambar-gambar tahun ?957? Mereka cukup bersungguh melaksanakan tugasan yang diberi oleh publisher buku tersebut Zahari. Dalam pencarian gambar-gambar tersebut mereka menyerapkan diri masing-masing dalam karektor, detik-detik emosi dan mengenal erti sebenar pengorbanan untuk mencapai detik ?957? Ketika inilah anak-anak muda ini mengenal erti sebenar maksud 慚ERDEKA?

Kos pembikinan: RM3 juta
Tarikh tayangan (cadangan): 31 Ogos 2007

*sumber: finas & sinemamalaysia

[ Last edited by  khys at 5-4-2007 09:50 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


annasoparanoid This user has been deleted
Post time 19-3-2007 06:32 PM | Show all posts
wahh..macam best jer nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 07:11 PM | Show all posts
yah .. mmg cam besh .. byk extra pakai yu ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 07:37 PM | Show all posts
search di google dapat ni:

(Harian metro 11/3/07)
Menyentuhperkembangan terbarunya, Rusdi kini sibuk menjalani penggambaranfilem patriotik, 1957 Hati Malaya arahan Shumi. Filem yang dijangka tamat penggambaranpenghujung bulan ini mempertaruhkan jalan cerita yang berat.

揝epertimana PHSMII, pelakon menjalani latihan di bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar.Bagaimanapun, kali ini masa suntuk, kami hanya diberi masa tiga minggu untukmendalami karektor masing-masing.

揊ilembertemakan kemerdekaan ini jauh berbeza dengan karya terdulu Shumi. Tidak ramai pengarah sanggupbuat filem berat seperti ini.Saya bersyukur dengan kepercayaan diberikan Shumi selepas membintangi PHSMII dan Waris Jari Hantu arahannya.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 10:36 PM | Show all posts
aku harap filem shuhaimi tak seboring pontianak franchise (pada akula).... i still have faith in her to make good movie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:38 AM | Show all posts
Mesti ada Maya Karin... ;)

Anyway, Yasmin Ahmad pun akan bikin filem berunsur patriotik kan..filem tentang peristiwa 13 Mei... :ah:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2007 08:46 AM | Show all posts
Bagus la ada jugak karyawan seni yang berusaha menhasilkan film sejarah ..

Tak pentingkan keuntungan jee ..

Pelakon2 pun semuanya nama besar ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 08:49 AM | Show all posts

Reply #1 khys's post

mak datuk bajet RM3 juta! :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2007 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by FAC at 20-3-2007 08:49 AM
mak datuk bajet RM3 juta! :


hehe.. sikit je tu. aku dpt tau dari website finas. filem Misi pun RM2.5juta.
kos promosi PGL dulu ialah RM4.5juta. kos pembikinan PGL ialah RM16juta!! (itu baru kualiti 'oscar')

jadi, aku rasa filem 1957 ni, pada pendapat aku la, biasa2 je la... taraf PHSM je (dr segi kos & kualiti). lagipun filem 1957 ni bukan sepenuhnya sejarah dari mula cerita sampai tamat (berdasarkan sinopsis yg diberi). bagi aku filem ni lebih kepada membangkitkan semangat patriotik saja, dan bukannya untuk mentafsir sejarah. tak lebih sekadar memeriahkan Merdeka ke-50.

apapun, good luck kpd produksi 1957. harap2, ceritanya akan jadi bagus dan membanggakan semua rakyat Malaysia pelbagai bangsa yg akan menontonnya nanti.

- setakat ni yg aku tengok, filem2 Shuhaimi Baba masih belum diterima pelbagai bangsa.. maksudnya masih 'bertaraf filem melayu'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2007 09:19 AM | Show all posts

Reply #4 medaz's post

TQ. aku dah tambah nama2 pelakon tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 09:42 AM | Show all posts
takde website?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by khys at 20-3-2007 09:11 AM


hehe.. sikit je tu. aku dpt tau dari website finas. filem Misi pun RM2.5juta.
kos promosi PGL dulu ialah RM4.5juta. kos pembikinan PGL ialah RM16juta!! (itu baru kualiti 'oscar')

jadi, a ...


mak aii.... filem misi yg takder org tengok tu 2.5 juta...!!!! in baru : : :
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:40 PM | Show all posts
bagus gak ada filem gini kat msia...baru ada smgat patrioritik
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 01:05 PM | Show all posts
maya karin again..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2007 02:21 PM | Show all posts
-filem ni telah buat penggambaran di Dataran Merdeka baru2 ni dgn 300 pelakon tambahan. gambar di bawah ialah pelakon yg bawa watak Tunku Abdul Rahman...

The Star Online > Nation
Saturday March 31, 2007

慣unku,
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 10:47 PM | Show all posts

1957 : Hati Malaya

Dengar kata ada filem baru Shuhaimi Baba yg tajuk dia bunyi mcm 1957 : Hati Malaya. Maya Karin jugak yg blakon bawak dual role pompuan klasik dan moden......khabarnya filem ini dibuat khas utk menyabut ulangtahun kemerdekaan ke-50 Malaysia dan akan ditayangkan pada bulan 8 ni....

Tapi susahnya nak dapat info pasal ni...dah shooting ke belum pun tak tahu....mungkin saudara Khys kita ada sedikit maklumat tentangnya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 11:23 PM | Show all posts
ada thread ni seblom ni, kat belakang2, cuba check...

tapi ni yg aku dapat dari berita harian


Gebang: 1957- Hati Malaya satu 'tribute' kepada pejuang politik tanah air
Oleh Roslen Fadzil
[email protected]

PEMBUATAN filem Melayu terus berjalan laju biarpun dari segi mutu penghasilan, ada yang masih lemah. Dari segi kuantiti, memang banyak filem tempatan sedang menunggu giliran tayangan sepanjang tahun ini dan akan berlarutan sehingga 2008. Ia memang petanda positif tetapi seperti yang pernah saya gebangkan sebelum ini, di setengah negeri dan pekan, panggung wayang pula tidak ada. Jadi, masalah ini perlu diatasi segera kerana kalau kita ada lebih banyak pawagam dan sinipleks, tentunya pulangan lebih lumayan akan diperoleh pembikin dan pengedar filem.

Ketika menonton sebuah filem prekuel yang cukup disturbing, Hannibal Rising lakonan Gaspard Ulliel dan Gong Li, di Kuala Lumpur, minggu lalu, saya perhatikan trailer Waris Jari Hantu sudah muncul di pawagam. Sekalipun tayangan umumnya hanya akan berlaku 31 Mei depan, promosi awal untuk filem thriller arahan Shuhaimi Baba ini sudah mula dilaksanakan.

Kalau sebelum ini Shuhaimi berjaya menyelongkar kisah pontianak, kali ini pula dia cuba membongkar misteri ilmu saka datuk nenek harimau. Saya benar-benar berharap ngauman pak belang dalam Waris Jari Hantu akan mampu menggegar panggung kerana setakat ini, kesan bunyi Jangan Pandang Belakang adalah yang terbaik.

Dalam sibuk menunggu kemunculan Waris Jari Hantu, Shuhami terus berkurung dalam studio. Pengarah itu berkurung bukan kerana post-produksi Waris Jari Hantu, tetapi sedang ligat mempersiapkan proses suntingan untuk filem low-profile beliau, 1957 - Hati Malaya.

Sehingga hari ini, tidak banyak diperkatakan mengenai filem lakonan Maya Karin, Ida Nerina, Sharifah Amani, Nasrizal Ngasri, Adlin Aman Ramlie, Iqram Dinzly, Kavita Sidhu, Liza Othman, Rusdi Ramli dan Nanu Baharuddin itu tetapi filem berkenaan cukup bermakna kepada pejuang kemerdekaan negara. Bajetnya boleh tahan kerana menelan kos tidak kurang daripada RM3.5 juta.

Saya kira Shuhaimi tidak sempat hendak pukul canang menghebahkan 1957 - Hati Malaya kerana dia perlu menyiapkan filem terbabit dengan sepenuh fokus, teliti dan berhati-hati. Tentunya Shuhaimi sedang mengejar masa kerana filem menarik itu bakal ditayangkan menjelang September ini, sejurus selepas kita menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Ketika dihubungi Selasa lalu, Shuhaimi sempat meluangkan masa, bercerita mengenai filem berkenaan yang menonjolkan ramai tokoh politik terulung tanah air seperti Allahyarham Datuk Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Allahyarham Tun Sardon Zubir, Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin, Datuk EEC Thuraisingam dan Tun VT Sambanthan. Selain itu, tokoh pemimpin British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Harold MacMichael dan Sir Henry Gurney pun ada.

Saya difahamkan, sebelum mengarah filem itu, Shuhaimi membuat kajian kira-kira setahun termasuk merujuk kepada pengkaji serta penganalisis politik.

Dia juga mengakui menghantar skrip filem itu kepada pihak Umno kerana 1957 - Hati Malaya sangat berkaitan dengan sejarah perjuangan Orang Melayu, tentangan terhadap Malayan Union yang akhirnya membawa kepada penubuhan Umno dan kemerdekaan Tanah Melayu. Sebagaimana yang kita tahu, Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House (kini Carcosa Seri Negara) adalah usaha pihak British yang mahu menghapuskan kedaulatan bangsa dan negara yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pihak British juga sebenarnya berhasrat menguasai sumber ekonomi di sini, menjimatkan kos pentadbiran selain mengurangkan kuasa politik Melayu.

Tentangan hebat dibangkitkan pemimpin tempatan ketika itu atas beberapa sebab. Antaranya, pihak British mengugut Raja-Raja Melayu yang menentang usul Malayan Union malah tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Di samping itu, Orang Melayu akan kehilangan status quo mereka sebagai pribumi dengan pemberian kerakyatan yang terlalu liberal kepada kaum pendatang.

"Asasnya jangka masa filem ini bertumpu pada 1946 hinggalah pada malam kita menyambut kemerdekaan pada 1957. Ia memaparkan mengenai cabaran yang dilalui dan pengorbanan yang dicurahkan bekas pemimpin negara. Mereka berani mempertahankan hak golongan pribumi dan mencurahkan bakti kepada rakyat dengan seikhlas hati serta membantu menaikkan taraf hidup golongan miskin.

"Filem ini bermula dengan cerita sekumpulan generasi masa kini yang mengimbas perjuangan datuk nenek mereka yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

"Selain fakta sejarah, saya juga menonjolkan watak-watak fictional lakonan Maya, Rusdi, Adlin dan Sharifah Amani," katanya Shuhaimi yang menggunakan khidmat kira-kira 300 pelakon tambahan.

Saya kagum kerana Shuhaimi tidak mempertaruhkan nama gah untuk memegang peranan penting iaitu Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn. Sebaliknya, masing-masing dilakonkan bakat baru, Mohd Kamarulzaman Taib (pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan - ASK) dan Zaefrul Nadzarine Nordin (pelakon teater).

Apabila saya menyoal Shuhaimi apakah cabaran terbesar menghasilkan filem ini, dia berkata: "Keseluruhan filem ini sebenarnya mencabar. Bayangkan, dengan bajet yang terhad, saya perlu hasilkan sebuah filem yang besar, membabitkan ramai tokoh terkenal tanah air."

Saya bersetuju dengan komen Shuhaimi itu kerana kalau di Hollywood, filem seumpamanya akan menelan kos yang berkali-kali ganda besarnya. Malah kalau di sana, jumlah bajet RM3.5 juta itu hanyalah mampu untuk membayar harga pelakon pembantu Kelas C.

Bagaimanapun, menerusi pengalaman, semangat dan kerjasama yang dihulurkan Kementerian Kebudayaan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), saya optimis Shuhaimi dan Pesona Pictures akan mampu menghadiahkan sebuah filem patriotik-kontemporari yang menarik lagi berkesan untuk renungan kita bersama.

Bagi saya, usaha Shuhaimi dan Pesona Pictures menghasilkan filem seumpama itu haruslah diberikan sokongan kerana tidak semua pengarah kita berani menyahut cabaran dalam menyuntik semangat patriotisme ke lubuk jiwa masyarakat. Kita sudah mulai disogok dengan deretan filem hantu, puaka dan filem komersial sehingga kadangkala kita terlupa merenung kembali perkara yang lebih serius yakni perjuangan datuk nenek mahupun pemimpin kita sehingga makan dan pakai kita hari ini lebih daripada cukup.

Kalau hendak memaparkan elemen patriotisme dalam filem pun, biarlah ia disuntik dengan cara yang cerdik, masuk akal dan boleh dibanggakan semua golongan, tidak kiralah daripada tukang sapu hinggalah pemimpin tertinggi negara.





gambar tak cukup convincingla...tengokla kostum & make up
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:35 PM | Show all posts

dari the star

Remembering the struggle

The theme of nationalism plays a big part in director Shuhaimi Baba抯 1957
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:47 PM | Show all posts

sedikit kontroversi yg timbul

1 - the star 31 mac 2007

慣unku,
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:51 PM | Show all posts

sambungan...

4 - the star 1 mei 2007

Film footage factually wrong

I MUST commend the executive producer of Persona Pictures Sdn Bhd for undertaking a very challenging and difficult task to produce 1957 Hati Malaya(The Star, April 23).  

It is not easy to get credible people to relate or describe events which took place 50 years ago. It can be a problem too to get authorities to identify subjects in old photographs and films.

As I had said before, I was present at the Dataran Merdeka event on Aug 30, 1957, (The Star, April 10). I had quite a good view of what was going on in front of the Selangor State Secretariat as I was not part of the main crowd at the padang.

My home then was the Residency, the official residence of the Chief Minister (now Memorial Tunku Abdul Rahman) along Brockman Road (now Jalan Dato Onn) as I had been staying with my uncle, Tunku Abdul Rahman and that night I followed him to the function together with Syed Abdullah, Tunku抯 adopted son and Syed Ali, Tun Sharifah Roziah抯 nephew.  

We followed the Tunku抯 entourage in his personal Austin car just in case I decided to leave the place early to celebrate my 20th birthday on Aug 31, 1957.

I can say with certainty that Tun Tan Cheng Lock did not attend the Dataran Merdeka ceremony on Aug 30, 1957, because by then he was already seriously ill and mentally incapacitated. However, his son Tun Tan Siew Sin was present but press photographers did not focus their attention on him perhaps because he was not yet the MCA president.  

Therefore, to include an important historical figure like Tun Tan Cheng Lock in the film for the Dataran Merdeka ceremony is factually wrong.

From my personal observation, the show of patriotism at the historic event was not shown in the singing of Negaraku, which was not yet familiar to Malayans, but in the shouts of 揗erdeka! Merdeka!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077103 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list