CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21945|Reply: 64

Nama-nama sekolah di Perak yg diambil sempena tokoh Sejarah di Perak

[Copy link]
Post time 22-11-2007 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Sepanjang teman meronda-ronda di sekitar Perak atau menghadiri kenduri kawin di sekitar-kitaran Perak ni selama teman idup ni, teman selalu perasan bila lalu kat sekolah-sekolah tepi jalan tu , ada sekolah yg dinamakan sempena nama tokoh-tokoh sejarawan/ sejawarati Perak ataupun pemerintah Perak etc.
Thread ni teman bukakan supaya rakan-rakan dptlah berkongsi nama sekolah yg diketahui itu utk tatapan bersama.(cewah)

Jadi harap2 sape yg tahu lagi banyak tu silalah senaraikan nama sekolah tersebut dan sejarah Tuan Nama tersebut.

Yg teman tahu...

a) SMK Tun Saban 33100 Pengkalan Hulu, Perak
    Tun Saban = Orang yg mula-mula sekali membuka Hulu Perak pada awal kurun ke 16.

b) SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi, 34850 Changkat Jering.
    Dato' Wan Ahmad Rasdi =  "Orang Kaya Menteri Paduka Tuan" yang ketiga. Merupakan cicit Long Jaffar, Cucu Ngah Ibrahim,

c) SMK Dr Megat Khas, Ipoh
    Dr Megat Khas = Doktor Melayu yg pertama yg mendapat keahlian dgn Royal College of Physicians of London.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2007 09:27 AM | Show all posts
kalo berdasarkan nama sultan aci tak?

sekolah sultan yussuf,batu gajah....(ayah raja azlan )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2007 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by auntie_girl at 22-11-2007 09:27 AM
kalo berdasarkan nama sultan aci tak?

sekolah sultan yussuf,batu gajah....(ayah raja azlan )


Aci jugak..pemerintah negeri...masuk dlm sejarah bebeh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 10:24 AM | Show all posts
Sekolah Raja Chulan - but not sure apa fungsi dalam sejarah.... boleh ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 10:55 AM | Show all posts
sekolan menengah dato idris,pantai remis
kt area yus..lumut
then lg 1 sekolan kebangsaan dato ishak
lg sekolah menengah ahmad boestamam
jg di area lumut
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 11:40 AM | Show all posts
sekolah kebangsaan TOH INDERA WANGSA AHMAD batu gajah perak...
tp dah lupa la TOH INDERA tu sapo....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2007 12:04 PM | Show all posts
SRJK Khir Johari - - -  nama ni melambak kat seuruh malaysia . . . bekas memteri pelajaran
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 11:21 PM | Show all posts
SMK Sultan Tajul Ariffin ~ Manong

Sultan Tajul Ariffin ni terkenal dengan cerita berkahwin dengan puteri bisa. Ringkasnya, ada seorang puteri yang telah berkahwin dengan 99 lelaki yang mana selepas malam pertama semua suaminya akan meninggal dunia. ( sempat ke tak...tak tahu le )

Sultan ni pun berkahwin juga dengan puteri ni (kenapa dia nak kawin...tak tahu le pulak) tapi sebelum dia bernikah dia telah dapat suatu mimpi... yang lebih kurang pesanannya " daripada tidur, eloklah berjaga"

Malam pertama tu, selepas teringatkan pesanan dari mimpinya...Sultan ni pun tidaklah tidur, dan malam itu semasa puteri tu dah tidur (tanpa disedarinya) keluar dari hidungnya(atau tempat yang lain.... lupa le pulak ) lipan dan kala jengking...

Binatang bisa ini lah yang telah membunuh 99 lelaki sebelum ini. Selepas tu, Sultan ni membunuhlah kesemua binatang bisa itu...dan

mereka hidup bahagia selamanya....

SMK Temenggung, Kati ~ siapa temenggung ni ek?
SMK Dr Burhanuddin ~ Taiping
SMK Dato' Kamaruddin ~ Batu Kurau
SMK Raja Shahriman ~ Beruas
SMK Sultan Abdul Jalil ~ Ulu Dedap
SMK Muzaffar Syah ~ Lambor Kanan & Semanggol
SMK Dato' Maharajalela ~ Kampung Gajah
SMK Dato' Ahmad ~ Lenggong
SMK Abu Bakar Al-Baqir ~ Bagan Serai

banyak lah lagi... tak larat teman nak nulihnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 08:54 AM | Show all posts
sekolah kebangsaan sheikh mohd idris al-marbawi kat lubok merbau...
tak tau sape dia.....

[ Last edited by  savvy_optra at 23-11-2007 08:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 09:01 AM | Show all posts
sekolah menengah sultan azlan shah....(seratas)...

name sultan perak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 10:15 AM | Show all posts

Reply #9 savvy_optra's post

ulama terkenal tu pernah dapat anugerah tokoh (apa n bila) maal hijrah  .. .  ada tulis banyak kitab dan buat kamus bahasa arab - melayu yang selalu digunakan sbgai rujukan yang mengaji arab . . .  sekarang menetap dimekah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by AnBulisia at 22-11-2007 11:21 PM
SMK Sultan Tajul Ariffin ~ Manong

Sultan Tajul Ariffin ni terkenal dengan cerita berkahwin dengan puteri bisa. Ringkasnya, ada seorang puteri yang telah berkahwin dengan 99 lelaki yang mana se ...


Hebat Thundercats ni dgn cerita Sejarahnya....hahahahha. TQ wehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 11:16 AM | Show all posts

Reply #11 ianho's post

sebenarnya sheikh idris dah kembali ke rahmatullah dan pusaranya di kebumikan di lubok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 11:17 AM | Show all posts

Reply #11 ianho's post

sebenarnya sheikh idris dah kembali ke rahmatullah dan pusaranya di kebumikan di lubok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 11:48 AM | Show all posts

Reply #11 ianho's post

pembetulan tersilap fakta

[img]http://img513.imageshack.us/img513/1707/syeikhidrismarbawikc5.jpg[img]

Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.
Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah  melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.
Al-Marbawi di Mesir
Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 慉liyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.
Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 慘amus al-Marbawi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 03:40 PM | Show all posts
Sek Keb Temong kat Enggor...

          TOK TEMONG (KERAMAT TOK TEMONG)
Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong.
Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak.
Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.
Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak.
Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak.
Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.
Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 08:59 PM | Show all posts
Sekolah Menengah Sultan Yussuf,
Gedung ilmu pengetahuan,
Tapak semaian insan,
Pusat kebanggaan tempatan,

Pengetahuan asas kebahagiaan,
Berdikari serta berbakti,
Carilah kemajuan,
Bla...bla...bla... (dah lupe lirik)

Aku pernah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 03:48 AM | Show all posts
smk panglima bukit gantang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2007 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by bulalof at 23-11-2007 08:59 PM
Sekolah Menengah Sultan Yussuf,
Gedung ilmu pengetahuan,
Tapak semaian insan,
Pusat kebanggaan tempatan,

Pengetahuan asas kebahagiaan,
Berdikari serta berbakti,
Carilah kemajuan,
Bla... ...


Memula ingatkan mike berpantun td rupanya lirik lagu skolah....hehehhe. Sekolah ni kat mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 04:23 PM | Show all posts

Reply #19 bantal_oren's post

Aku pernah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051545 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list