CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8663|Reply: 26

Kisah Istana Kellie sehebat Taj Mahal

[Copy link]
Post time 10-6-2008 09:01 AM | Show all posts |Read mode
BATU GAJAH 9 Jun - Istana Kellie atau lebih dikenali Kellie's Castle yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh merupakan satu warisan sejarah yang menyimpan kisah sehebat istana Taj Mahal di India di sebalik pembinaannya.

Istana Kellie dibina oleh seorang peladang Scotland yang kaya raya, William Kellie Smith yang berasal dari sebuah kampung yang dikenali sebagai Kellas.

Sekiranya Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan sebagai tanda cinta ke atas isterinya, Mumtaz Mahal, Istsana Kellie juga dibina atas tujuan yang sama.

Mahligai itu merupakan lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes yang turut berasal dari Scotland.

Istana Kellie terletak di sebuah ladang getah milik Smith yang dinamakan sebagai Ladang Getah Kinta Kellas, sempena ladang di kampung asal Smith di Scotland iaitu Easter Kellas.

Apa yang menarik, bangunan tersebut bukan sahaja mempunyai ciri-ciri rekabentuk berdasarkan kebudayaan India, malah semua batu bata dan lantainya juga dibawa dari India.

Malah, Smith juga mengupah ramai buruh India untuk membina istana impian cintanya itu.

Selain itu, Istana Kellie merupakan yang pertama sekali menggunakan elevator yang menghubungkan dari tingkat bawah ke tingkat paling atas.

Bangunan itu juga mempunyai banyak bilik dan terowong rahsia.

Bagaimanapun istana yang mula dibina pada tahun 1915 itu tidak sempat siap dan diduduki oleh Smith selepas beliau meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit pneumonia semasa melawat Portugal pada tahun 1926.

Agnes yang terlalu sedih dengan kematian suami tersayangnya itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual ladang getah serta istana tersebut kepada sebuah syarikat Inggeris, Harrisons and Crosfield.

Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai legenda impian yang kesampaian bagi Smith dan mahligai itu kini menjadi daya tarikan pelancong terutamanya bagi mereka yang sedang dilamun cinta.

Legenda inilah yang menjadikan Istana Kellie sebagai tarikan kepada pelancong yang saban hari melawat mahligai impian cinta Kellie itu untuk mengabadikan kenangan cinta mereka.

Istana itu juga pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem Anna and the King pada tahun 1999.

Istana Kellie dibuka kepada kunjungan awam dari pukul 8.30 pagi hingga 7 petang setiap hari.

~~~~~~~~~~~~~
hehe..sape pernah pegi sini..dan ceritekan pengalam ngeri kome biler datang ke sini...hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 09:17 AM | Show all posts
bak lar gambar..? nak tengok istana cinta mereka..iceh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 09:17 AM | Show all posts
ada banyak bilik dan terowong tapi kalau tak bagi orang masuk nak buat apa..tengok je dari luar..lepas tu citer kat orang konon-kononnya terowong ni boleh tembus ke jaya jusco kat ipoh

..heheheh..sapa tak pernah pergi tu elok le pergi..boleh le tengok rumah yang tak siap camne rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 09:30 AM | Show all posts
penah lalu tp tak penah masuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #3 valkries's post

tp keaslian bangunan nya dah tak nampak, sbb majlis dah siapkan sebahagian bangunan yg tak siap tu.. takut semakin reput.. dah ada tingkap lagi..

aku, pengalama ngeri tak de la.. 1 st time aku penah sampai masa 8 thn, rombongan sekolah. masa tu jambatan depan tu pun jambatan kayu. takut seh.. goyang plak tu.. tempat simpanan araknya bau hancing.. ampes tull sape yg membuang kat situ.
pas tu byk couple2 buat free show, dulu la.. skang dah ada jaga dengarnya kurang aktiviti tu..

tp jiran aku penah nampak pompuan tgh2 malam kat jambatan tu. pas tu supplier opis ni, kena diekori (tepi kereta dia) makhluh aneh masa melalui jalan depan situ. 2-2 kejadian ni berlaku dlm 1-2 pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 09:53 AM | Show all posts
gambar2 yg masih tersimpan dlm pc aku


pandangan hadapan bangunan


sungai dihadapan Kellie's castle


sebahagian gambar2 photo shoot dan pembikinan filem sekitar Kellie's Castle ini.. gambar tak clear..

[ Last edited by  in2eryn at 10-6-2008 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2008 10:04 AM | Show all posts
errr...xpernah pergi apelagi nak msk..tgk kat tv n gambar aje.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 10:22 AM | Show all posts
ishh aku rasa nak samakan dgn Taj Mahal tu agak keterlaluan la...dari segi architecture pn dah kalah...material tak kira lg.

Aku pernah masuk KC ni, ade satu bhg tu gelap ya amat...lps tu ade mcm bhg utk letak lif. Ntah le pada masa tu lif dah cipta ke belum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 10:25 AM | Show all posts
kalau pergi korang kena dgr tourist guide tu klentong apa,baru best melawat.dengar kisah2,cerita2 pasal bangunan tu.kalau tengok gitu je tak best.sama cam tengok bangunan buruk je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #8 Pikir's post

a'ah, macam lif (kata org yg jaga tu pun lif) ..
tp bab terowong kata ada harta tu yg best.. tp takde sape berani nak selongkar sbb byk mitos mengatakan siapa yg masuk sohih tak keluar dah..
sami2 kat situ pun cakap gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2008 11:35 AM | Show all posts
hehehe..bangunan nih dulu mase sekolah dedulu, rajin jugak teman n the geng melepak lepas mandi sungai sengat kat depan tuh..hehehe..dulu2, org2 hindu rajin buang abu mayat dekat2 area tuh..bangunan nih dedulu pun bukan dijage dengan elok pun..memang ngeri..jadi port mat pet ngn mat men larr...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 01:04 PM | Show all posts
kat belakang tu dulu kan ada pusat pemulihan, aku penah beli ikan sungai kat sana. murah2. ikan sepat ngan lampam selalunya dema jual..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2008 01:19 PM | Show all posts
ingat tadi dulu penah masuk pusat pemulihan tuh...heheheh..jangan mare haaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 01:37 PM | Show all posts

Reply #13 dainese's post

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 03:54 PM | Show all posts
tiap kali balik kg kampung (parit).... memang kena lalu kat sini. peghonah sekali pergi tahun 95 dulu. takde ape yg special pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:16 AM | Show all posts
Tiket pun dah naik, RM8 utk adult
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 09:22 AM | Show all posts

Reply #16 tutankhamun!'s post

perghhh... tiket masuk dah naik? apa hal la.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:33 AM | Show all posts
Arwah Kellie mintak naik ,   
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:13 AM | Show all posts

Reply #18 tutankhamun!'s post

huk alah.... serem daku mendengarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:20 AM | Show all posts

Reply #16 tutankhamun!'s post

RM8 hinggit??? baik le pegi nengok wayang cite romen2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073957 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list