View: 71409|Reply: 515
|
[Hoyehh!! Kahwin] - All about Wedding Albums, Photography and Videography
[Copy link]
|
|
Semakin lama, semakin ramai wedding photographers yg bertapak di M'sia ni kan..Kat fotopages jer cukup meriah dengan juragambar dengan koleksi gambar-gambar pengantin yg mereka shoot. Rasa macam konpius je nak pilih yang mana.
Jadi yg mana pilihan hati? In house Photographer (yang ada dalam pakej butik pengantin)? Atau salah seorang photographer dalam board CARI? Atau yg mana ya? Nak jugak tahu..
Cantik tak gambarnye? Mahal tak ratenye? Websitenya yang mana satu?
Spill! |
|
|
|
|
|
|
|
cuba try
digitalsyndicate.fotopages.com |
|
|
|
|
|
|
|
Jemput menepek gambar, ayu..sangat dialu-alukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 violet_breep's post
|
|
|
|
|
|
|
ni ade kisah sedey nih..
psal photographer....
janji mcm2...
duit pong dh baya..
tp skang dh 7 bulan aku kawen, gamba yg die kasi, just gamba 4r jek...
gamba yg edit2 seme buat cm haram jek....
tu pong, die xprint out lg...
bru kasi preview kt web...
aku skang laki bini tgh track die...
tipun xpenah nk berangkat....
bg msg, xde nk jawab...
duit upah yg kitorg dh dulukan tu pong mebi habis dimakan dh msuk dlm tangki indah water kot...
tp hasilnyer still xnampak.... :@
sori lepas geram kt cni...
just inform supaya xde yg tekena...
kite dok cian kt die anak beranak, tp die buat taik plak ngn kite...
[ Last edited by reewanie at 26-6-2008 01:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
huda nak share info ni kat sini
mungkin boleh membantu kenkawan
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda
Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti
memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis
hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional
akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh
mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu
lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah
anda belanjakan?
Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik
berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak
maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang
bakal anda perolehi. Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan
pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama.
Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan
kepada seluruh proses selepas ini.
Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik
pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda
yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah
tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda
sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.
Sepanjang pengalaman saya sebagai jurugambar perkahwinan, saya
mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak
akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa
faktor penting yang lain.
Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang
dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan
kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?
Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang
masa yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang
mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah
yang besar. Lebih baik lagi jika anda boleh melantik seorang
pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. Maklumkan dengan
terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. Dengan
ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis anda akan
dapat dirakam dengan sempurna.
Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis
perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada
orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada
majlis perkahwinan anda, iaitu - bergembira!
Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas
pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar
sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula.
Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan
kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa
turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, "tetamu kehormat
sedang menunggu" atau "lepas bersanding nanti kita bergambar".
Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, saya akan
menjelaskan, "harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana
anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan
jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan
kelihatan letih dan sudah hilang seri." Sayang sekali jika saat
penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar
hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.
Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda
boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit
latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk
senyum. Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan
lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan
ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar
nanti. Anda juga perlu berlatih untuk 'posing'. Rujuk majalah untuk
mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah
menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.
Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil
masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini
termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan
sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin
kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda
disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikan kerana ianya akan
memberi kesan kepada kualiti gambar anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 hudaini's post
thanks huda 4 the info.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak cari photographer untuk tunang....saja nak survey untuk ogos 3rd 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 hudaini's post
thanks huda for the info |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|