|
Rencana
Kaki Yang Letih Menjadi Lega Dengan Tukang Urut Kecil
Oleh Melati Mohd Ariff
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Anda pasti terpegun melihat 'tukangurut kecil' ini berenang-renang dalam kolam berbentuk akuarium yangdihiasi indah.
Cuba pula rendamkan kedua-dua belah kaki yang lenguh dek kepenatanberjalan, anda akan dapat merasakan sensasi kelegaan hasil urutan 'situkang urut kecil ini'.
'Doktor Ikan', nama yang turut diberikan kepada tukang urut kecil ini,akan melakukan proses pengelupasan kulit kaki anda ketika ia mengutilatau menggigit sel-sel kulit yang sudah mati.
Rasa denyutan di kulit kaki meningkatkan lagi pengedaran darah di kulit menjadikannya lebih sihat dan cerah.
Doktor Ikan mempunyai tabiat pemakanan yang unik di mana ia akanmengutil lapisan kulit yang sudah mati. Proses ini dipercayai bolehmemberi manfaat kepada mereka yang mengidap penyakit psoriasis atausejenis penyakit kulit.
Veron Wong, eksekutif jualan dan pemasaran "Kenko Reflexology &Fish Spa", berkata, pusat itu memulakan operasinya pada Oktober 2007.
April lepas ia menerima anugerah daripada "Malaysia Book of Records"kerana menjadi spa terapi ikan pertama menjalankan operasi di gedungmembeli-belah di negara ini.
Di samping lokasi spa yang terletak di Lot 5.01.09, Aras 5, PavilionKL, Kenko Reflexology & Fish Spa mempunyai satu lagi cawangan diMid-Valley Megamall.
Menurut Wong, cawangan ketiga Kenko dijadual dibuka di Pulau PinangOgos tahun ini sementara yang keempat dicadangkan sekitar Lembah Klangsebelum akhir tahun ini.
CERITA KENKO
Menurut Wong, Kenko Reflexology & Fish Spa adalah cetusan ilham DrJimi Tan, rakyat Singapura serta pengasas rangkaian Kenko Wellness Spasand Foot Reflexology Centres.
Spa pertamanya di Singapura dibuka kira-kira 18 tahun lepas dansehingga ini rangkaian itu mempunyai 14 cawangan di Republik tersebut,dua daripadanya menawarkan spa ikan.
Menurut Wong, Dr Tan berkunjung ke sebuah spa ikan di Jepun sewaktubercuti di negara matahari terbit itu dua tahun lepas dan merancangmembuka spa yang sama di Malaysia sekembalinya dari percutian tersebut.
Spa ikan di Singapura yang terletak di Marina Square dibuka awal tahun ini.
"Beliau memilih nama Kenko, yang bermaksud kesihatan dalam bahasa Jepun," katanya lagi.
Wong berkata, Dr Tan mempunyai lebih 18 tahun pengalaman termasuk dalam industri refleksologi kaki.
"Beliau juga terlatih dalam teknik refleksologi kaki Cina dan Amerikaserta telah memajukan urutan dan rawatan terapeutik untuk melegakanmigrain dan masalah belakang dan leher," kata Wong.
KENALI LEBIH DEKAT DR IKAN
Wong berkata, Dr Ikan yang digunakan di Spa Kenko adalah spesies ikan yang dibiakkan dari keluarga 'Garra rufa.
Carian di internet menunjukkan spesies ikan Garra rufa ini hanya bolehditemui di bahagian utara dan tengah Asia Barat, terutama Turki danSyria.
Garra rufa juga dikenali sebagai 'nibble fish', 'kangal fish' dan 'doctorfishen'.
Ikan ini dilindungi daripada eksploitasi perdagangan di Turki keranabimbang ia akan dibiakkan secara berlebihan untuk tujuan eksport.
Tabiat pemakanannya yang unik (memakan lapisan kulit yang mati danberpenyakit) pertama kali diketahui apabila mereka yang berenang dalamkolam yang didiami ikan-ikan tersebut di sebuah kolam air panasberhampiran Kangal, Turki merasa pengalaman tersebut.
"Orang Turki menganggap Garra rufa sebagai khazanah negara kerana itumereka tidak mengeksport ikan-ikan tersebut. Ikan yang kami perolehidaripada pembekal kami ada keluarga Garra rufa yang berjaya dibiakkandi Asia dan dari negara-negara berhampiran Turki seperti Jordan danSyria," jelas Wong.
PELANGGAN SPA IKAN
Wong berkata, Spa Ikan Kenko di Pavilion mensasarkan pelancong luar negara dan pelanggan yang mampu berbelanja besar.
"Di Pavilion, kami menerima kunjungan ramai pelancong dari Asia Barat,Korea dan Jepun," katanya dengan menambah, cawangan di Mid-ValleyMegamall pula menarik lebih ramai pelanggan tempatan termasuk keluargadan anak-anak muda.
Bilangan pelanggan hujung minggu, katanya, boleh mencapai sehingga 500orang sehari sementara jumlah pada hari-hari biasa sekitar 200 orang.
Menurut Wong, meskipun semakin banyak spa ikan dibuka, "KenkoReflexology & Fish Spa" tetap unggul kerana ia adalah perintisdalam perniagaan tersebut dan sudah dikenali ramai.
"Suasana yang mendamaikan di Spa Ikan Kenko membolehkan pelanggan bersantai dan relaks.
"Kami juga memastikan air di dalam kolam sentiasa bersih. Ianya ditukarsetiap hari dan dirawat dengan pensterilan sinaran ultra ungu 2000Wuntuk mematikan virus dan bakteria," kata Wong.
Rawatan biasa spa ikan Kenko untuk setengah jam dikenakan bayaran RM38bagi orang dewasa, RM19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan percumauntuk kanak-kanak bawah empat tahun.
Terdapat juga sebuah bilik khas spa ikan di cawangan Pavilion dengan bayaran RM58 setiap orang.
Di samping spa ikan, pelanggan juga boleh mendapatkan rawatanterapeutik lain termasuk urutan kaki, tangan dan bahu di "KenkoReflexology & Fish Spa", yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagihingga 10 malam.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best nyer dpt urutan dr ikan...urutan????bkn ke die mkn sel kulit mati....
ikan jenis ni sekor mahal gler...
plg murah rm35 sekor...plg mahal rm80 sekor...
aku jumpe kt forum lain...
gler la weh... |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnye... bley ke ikan urut? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan urut tp memakan kulit2 mati di kaki.. tp hasilnya lebih kurang seperti diurut.. ari tu ada nampak kat mid valley.. hehe x sabar nak rasa digigit ikan comel |
|
|
|
|
|
|
|
ada tgok rancangan ntv7 hos Nurul pi Spa Ikan ni ....
nmpak menarik ... |
|
|
|
|
|
|
|
nak pergi la. cambest
sapa nak sponsor?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 a.ceCCo's post
rm24 kat bukit bintang.klu x silap la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 eiyana's post
hehe skali skali x pe kot.. juz nak pengalaman je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 firdaruddin's post
|
|
|
|
|
|
|
kalo nak murah.... pi sg congkak. @ memana hutan lipur @ sg.
dok kat celah2 batu, nanti ada le ikan ramai2 dtg gigit kaki korang.
dulu penah eksidently, letak kaki kat air. tetiba rasa geli. rupenyer... ikan reramai gigit kaki. tak tau la plak masa tu, benda ni bagus.
ayoh.... free je kekawan...
ble berkelah sambil hirup udara segar dab cuci mana tgk kehijauan alam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 timur's post
cdgn yg bgs...menjimatkn...hahaha..sambil boleh berkelah bersama kluarga...sambil makan2... |
|
|
|
|
|
|
|
rase nyer dulu pernah tertengok dlm citer ugly betty..si whily tu nak cantikkan kaki dier
pakai ikan yg makan2 sel kulit mati nih lar..sejak tu cam teruja jugak nak try |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye...
mahal ikan ni...
huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
sape boleh tangkapkan aku ikan ni pastu jual la kat aku murah2 =] kalau beli sekor mahal gilee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 timur's post
betol ke ni? skarang ada lagi tak? nak g la klu cam ni..leh piknik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 MrWannabe's post
ekekek..nak juga klu ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|