View: 29432|Reply: 156
|
PM baru Thai yang ensem - Abhisit Vejjajiva aka Mark Vejj
[Copy link]
|
|
Abhisit Vejjajiva PM baru Thailand
[DIKEMAS KINI] BANGKOK:Pemimpin Demokrat, Abhisit Vejjajiva hari ini dilantik sebagai PerdanaMenteri ke-27 Thailand oleh penggubal undang-undang negara berkenaan,membawa harapan yang tipis bahawa tunjuk perasaan jalanan dan keadaanhuru hara selama berbulan-bulan akan sampai ke penghujungnya.
Beliau mendapat 235 undi bagi mengatasi bekas Ketua Polis danpemimpin Puea Pandin, Pracha Phromnok yang meraih 198 undi dalampemilihan yang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan besar, berbezadengan sesi terdahulu yang menyaksikan pertelagahan antara polis danpenunjuk perasaan anti kerajaan.
Abhisit, 44, anak kelahiran Britain, akan menggantikan SomchaiWongsawat yang dilucutkan jawatannya oleh Mahkamah Perlembagaan awalbulan ini apabila parti pemerintah, Parti Kuasa Rakyat (PPP) dibubarkankerana melakukan penipuan pilihanraya.
Beliau adalah Perdana Menteri kelima dalam tempoh 27 bulan, dan ketiga dalam jarak tiga bulan.
Kemenangan beliau, dan kembalinya Demokrat berkuasa selepas selangtujuh tahun, dicapai setelah sekumpulan kecil bekas anggota PPP yangbersekutu dengan bekas Menteri, Newin Chidchob meninggalkan parti itu,selain beberapa parti yang merupakan sebahagian daripada kerajaangabungan enam parti sebelum ini yang dipimpin oleh Somchai.
Abhisit, berkelulusan Oxford University, menyertai politik ketikaberusia 27 tahun apabila menjadi Anggota Parlimen bagi sebuah kawasanpilihan raya di Bangkok.
Bagaimanapun beliau bukan Perdana Menteri termuda seperti yangdisebut-sebut sebelum ini memandangkan Marshal Plaek Pibulsonggramserta M.R. Senee Pramoj memegang jawatan masing-masing pada umur 41 dan40 tahun.
Beliau pernah berkhidmat sebagai jurucakap parti, jurucakapKerajaan, Timbalan Setiausaha kepada Perdana Menteri, PengerusiJawatankuasa Hal Ehwal Pendidikan Parlimen, dan Menteri kepada PejabatPerdana Menteri semasa Demokrat berkuasa.
Parti itu yang tertua di negara ini, kehilangan kuasa apabila partiThai Rak Thai (TRT) pimpinan Thaksin Shinawatra mencatatkan kemenanganbesar pada pilihan raya umum 2001 di sebalik krisis ekonomi 1997/98.
Thaksin sekali lagi menang pada 2005 tetapi disingkirkan oleh tentera pada September, 2006.
Parlimen Thai mempunyai 480 anggota namun buat masa ini terdapathanya 437 Anggota Parlimen selepas pembubaran PPP, Chart Thai sertaMatchima oleh mahkamah dan anggota eksekutif parti berkenaan dilarangterbabit dalam politik selama lima tahun, manakala seorang AnggotaParlimen Demokrat meninggal dunia pagi ini.
Meskipun mempunyai kira-kira 200 Anggota Parlimen sebaris denganmereka, Pheu Thai, yang terdiri daripada penyokong Thaksin selepas PPPyang mereka anggotai dibubarkan, tidak meletakkan calonnya sendirisebaliknya menyokong Pracha bagi mengelak satu lagi konflik olehkumpulan antiThaksin yang menganjurkan demonstrasi jalanan selama 192hari.
Kumpulan anti kerajaan Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) berikrarakan mengadakan tunjuk perasaan semula jika seorang lagi calon Thaksindipilih untuk memegang tampuk pemerintahan, dan secara tidak langsungmenyokong pencalonan Abhisit.
Negara ini terjebak dalam kekacauan politik dan ekonomi sejakpenunjuk perasaan anti kerajaan mengadakan demonstrasi pada 25 Mei,disusuli dengan menawan Pejabat Perdana Menteri pada 26 Ogos sebelummenutup dua lapangan terbang utama di Bangkok akhir bulan lepas.
Sabtu lepas, Thaksin, dalam ucapan yang dirakamkan dari luar negara,menyampaikan amanatnya kepada lebih 50,000 penyokong yang berhimpun disebuah stadium di sini dengan beliau membidas tentera kerana campurtangan dalam pemilihan Perdana Menteri baru ketika khabar anginmemuncak bahawa Panglima Tentera Jen Anupong Paochinda meminta partiyang lebih kecil dan puak Newin supaya menyokong Abhisit.
Sekumpulan kecil penyokong Thaksin yang terkenal dengan baju merahmereka, cuba menyekat pintu pagar Parlimen selepas kemenangan Abhisitdiumumkan namun berjaya dihalang oleh polis rusuhan.
Abhisit sebelum ini dikritik oleh penyokong kerajaan keranasenyap-senyap menyokong PAD dalam tunjuk perasaan yang diadakan, danbeberapa pemimpin Demokrat juga merupakan sebahagian daripada kumpulanitu yang mula mendapat perhatian apabila mereka mengadakan demonstrasibesarbesaran menentang Thaksin pada 2006. BERNAMA
[ Last edited by Syd at 17-12-2008 04:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak buat avatar laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Syd's post
hensemmm nyahhh... tuko la avatar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 addicted's post
done!
kang aku pakai avvy gambo dia
merembes mak!
|
|
|
|
|
|
|
|
uhhh i loike! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Syd's post
pantas btol btindak nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 hunt_fear's post
mesti lah
stok merembes
dilepas jangan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Syd's post
basah kuyup dah ker???
wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
dari tepi mcm dsm lak.. dari tengah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Syd's post
avatar ko ni cam dr. angkasawan tu...yg berkot tu cam bintang filim.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah aku nak pindah kat thailand lak lah kalau cam gini, cam hero pelakon citer thai yg aku tengok petang2 tu lah |
|
|
|
|
|
|
|
nih PM malaysia ah la tak handsome tua gila.....wakakkakakaka camna aku nak undi umno kalau cam gini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 honey_madu2's post
not bad r if compared ngan PM b4 this..dlm kategori macho gaks la
kann...x-pm..Samak Sundaravej yg suker memasak dari wat keja tadbir negara katanyer..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|