CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2144|Reply: 11

APA PENDAPAT KORANG ...

[Copy link]
Post time 26-12-2008 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang  


Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:

kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun bermula dari 1 Januari 2009.

Kerajaan telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan beberapa pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan yang masih belum dipasang dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.

Peraturan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 sedia ada berkenaan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk hadapan adalah masih terpakai ke atas semua jenis kenderaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2008 09:49 AM | Show all posts

kureng setuju sangat
pasal tak nampak apa motif sebenar dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:00 AM | Show all posts
xksh sgt. tp x brp stuju bila dia nk 3 pnumpang jer kt blakang utk pastikan smua dpt pkai. klu org ank rmai kda pkai mpv la or van ker.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:17 AM | Show all posts
kalau diorang (kerajaan) bagi dana untuk pasang tali pinggan utk sit belakang okla....

tapi makin banyak gak org kena saman...diorang gak yang untung...

dahla aku ni xde budget nak pasang tali pinggang sit belakng....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #2 mknace's post

untuk keselamatan le
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #3 hantu_jepun's post

tu yg aku ada anak 4 org pening kepala:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2008 11:51 AM | Show all posts
seat belt belakang ada 3 jer

tp kalo ada anak 4 5 ?

2 org mesti tak pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 12:34 PM | Show all posts

Balas #3 hantu_jepun\ catat

kalau keluarga tu miskin & pendapatan rendah tak mampu juga nak pakai MPV / Van...

byk pro & kontra.... baik untuk keselamatan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2008 12:52 PM | Show all posts

Balas #2 mknace\ catat

tak nak bagi org belakang terjerombab ke depan bile berlaku eksiden...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 12:59 PM | Show all posts
Pendapat teman,

kalu tak ndak pakey talipinggang, naik je motosikal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 01:02 PM | Show all posts

Balas #6 TUKANGKEBUN\ catat

ape yg peningnya TK, mike kongsikan le seatbelt tu setiap satu seatbelt dua orang anak mike.

Benda ni mudoh, jangan susohkan.   

Masyarakat kita, takut dan susah nak terima perubahan. Ate benda tu tujuannya baik untuk keselamatan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 11:04 PM | Show all posts
kancil tahun 2003,takdok pon seat belt kt belakang tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.250911 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list