View: 2847|Reply: 6
|
penduduk tertua selangor, umur 105 tahun
[Copy link]
|
|
December 26, 2008
Basri, 105 tahun, penduduk tertua Selangor?
KUANG, Selangor, 26 Dis: Basri bin Karto Werono yang umurnya kini masuk 105 tahun bolehlah dikira manusia yang tertua di Selangor kini.
Beliau masih sihat, boleh berjalan seperti biasa bahkan masih boleh membaca al Quran dengan baik tanpa bantuan cermin mata.
Beliau kini tinggal di Lorong Kenanga, Kampung Damai, Kuang bersama isteri dan anak-anaknya.
"Saya sudah 60 tahun tinggal di sini selepas berpindah dari Slim River, Perak,"beritahu Basri kepada Siasah yang menyertai misi pencaraian warga tua Selangor oleh Rantaian Mesra Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Selangor.
Turut serta dalam misi pencaraian itu adalah A Shukur Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Rantaian Mesra.
Rantaian Mesra adalah syarikat yang dibentuk oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat untuk mengurus Skim Mesra Warga Emas bagi membantu serta mengambil manafaat pengalaman mereka.
Skim ini dalam misi mendaftar warga emas di Selangor yang berusia lebih 60 tahun untuk membolehkan keluarga mereka mendapat manafaat apabila berlaku kematian ke atas warga emas ini.
Setiap kematian akan mendapat RM1,000 dalam masa 24 jam dan RM1500 lagi selepas itu.
"Mengikut rekod kami kini, Basri adalah warga tertua di Selangor. Namun, usaha mengesan warga tua ini akan berterusan. Sehingga kita ada penemuan baru, saya suka nyatakan dia yang tertua," kata Shukur. - siasah.
105 taon??? mata pun nampak lagi??? cisssss hebat.. mmg hebat!!; siyesly muka dia nampak lebey muda dari umoq dia.... tak mcm 105 taon pung...
tahniah jadik worang tertua kat selangor!! :victory: nih keturunan jowo nih... karto werono... aku tak pernah dengaq nama worang camnih.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Skim ini dalam misi mendaftar warga emas di Selangor yang berusia lebih60 tahun untuk membolehkan keluarga mereka mendapat manafaat apabilaberlaku kematian ke atas warga emas ini.
Setiap kematian akan mendapat RM1,000 dalam masa 24 jam dan RM1500 lagi selepas itu.
ermmm....lain macam jer skim nih |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun hidup 1000 tahun kalu x smbahyang...
apa gunanya......
p/s:aku x sindir pakcik ni tau... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah he looks very healthy... |
|
|
|
|
|
|
|
org zaman2 dulu banyak amalannya..
takde nak makeup tebal bagai tak ingat cam skrang..
try tanya org2 dulu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|