CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8058|Reply: 23

Derma Kilat - Pendaki Hilang - Kenyataan Umum untuk SAR Hassan Ayat

[Copy link]
Post time 25-2-2009 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Adalah saya dengan seikhlas hati & merendah diri memohon jasa baik kengkawan yang berforum di sini sekiranya kengkawan di sini mempunyai contact dengan pihak pihak/agensi berkuasa, keselamatan, polis & tentera untuk menghulurkan sumbangan yang mana mampu untuk dana/bekalan kengkawan saya yang kini dalam misi search & rescue party dalam mencari rakan pendaki yang hilang di Gunung Yong Yap. Buat pengetahuan kengkawan di sini, sememangnya terdapat agensi keselamatan/pihak berkuasa menyertai misi ini tetapi terdapat beberapa kekangan khususnya dari segi ration makanan. Ration makanan sememangnya dibekalkan pada agensi keselamatan/pihak berkuasa yang terlibat tetapi dalam unit yang terhad khususnya pada kumpulan pendaki yang turut menyertai misi ini. Sekiranya pihak anda dapat membantu sebarang bentuk bantuan boleh di hantar terus ke Balai Polis Lojing, Gua Musang atau menghubungi contact di sini di mana pada hari jumaat nanti ada kengkawan dari KL akan ke sana untuk menghantar bantuan logistik. Di sini saya 'copy n paste' balik di antara beberapa info yang membantu:

Terima kasih.



***************************************************************************************************************************
Dari Gunungonline.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah berbincang dgn Jenal secara adhoc di multiply.
Kami decide nak buat 1 derma kilat bagi operasi tersebut. Duit ini akan digunakan untuk rakan2 mendaki yg akan bergerak ke sana nanti.
Duit tersebut boleh didermakan ke acc pgurlz_zam

Bank: MBB
Ac Number: 166010020118
Nama: Zamzuliana M Nasir
email : [email protected]

Duit itu akan disalurkan kepada rakan mendaki yg terlibat dlm usaha mencari melalui

1. Fendi - 012 2220450
2. Naza - 012-5631567
3 Matsaiko -012-3875897
4.Zam - 017-6814015

http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic...f=18&t=2317

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
揗angsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2009 04:52 PM | Show all posts
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

TARIKH : 25 februari 2009 / Rabu malam Khamis
MASA : slps solat maghrib
LOKASI : Masjid Al-Ehsan, SS4A, Kelana Jaya

note : ader jamuan disediakan...

**klu nak derma ration/bahan bakar/rokok/etc leh gaks derma kat cnie sbb ada diantara dewang akan gerak masuk malam esok. Harap Maklum

*p/s ada yang PM saya tanya apa itu ration. ration ialah barang barangan makanan. Jadi berapa kuantiti sumbangan anda tidak menjadi persoalan walaupun seketul tin sardin atau sebungkus rokok. Sebarang sumbangan rokok xkisah pepe jenama pom adalah amat dihargai. Pada hari Jumaat nanti akan ada satu group dari KL untuk menghantar bekalan logistik kepada kengkawan di sana. Pihak kami turut mempertimbangkan sekiranya perlu untuk mengambil sumbangan anda dari lokasi anda. Sila hubungi pihak kami untuk sebarang pertanyaan/pick up sumbangan anda. Terima kasih.

1. Fendi - 012 2220450
2. Naza - 012-5631567
3 Matsaiko -012-3875897
4.Zam - 017-6814015
rembau 0123358658
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 08:04 PM | Show all posts
wa rasa ok aja korang post ni..masih dalam bidang..kebetulan yang hilang memang ofis mate wife aku..korang tak nak mintak bantuan kat bank ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 08:21 PM | Show all posts
Sesat kat betul2 gugusan kemuncak banjaran titiwangsa......

mmg luas betul searching area....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:03 AM | Show all posts
ration askar bagus dan memberi tenaga...dapat dibeli di kedai-kedai
runcit yang berdekatan dengan mana-mana kem askar. Hak Kerajaan
dan Hak awam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:13 AM | Show all posts

Reply #2 Defcon's post

Semoga jumpa orang yang dicari, amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2009 05:50 PM | Show all posts
Malam ini pada jam 10 malam di terminal Putra Gombak (last station PUTRA LRT Gombak) kengkawan support bantuan akan berkumpul untuk menghimpunkan segala jenis bantuan yang berjaya dikumpulkan untuk dihantar ke Balai Polis Lojing (Base camp search n rescue). Jika ada kengkawan yang sudi untuk menghulurkan bantuan apa sahaja walaupun setin sardin atau sebungkus rokok/etc bolehlah berbuat demikan atau menghubungi terus di talian 013-2518731

Thanxs pada kengkawan yg membantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 05:50 PM | Show all posts
sedikit update dr RQ0

1. so far kita memerlukan para pendaki bersilih ganti bagi meneruskan SAR sampai mangsa dijumpai

2. buat masa ini, gerakan yang di buat oleh pendaki sehaluan dengan gerakkan oleh PGA

3. buat masa ini utk team SAR kita bekalkan makanan tempur askar dan bagi menjimatkan masa dan tenaga kadang kala kita mendapat bantuan heli untuk sampai ke kongsi.

4. kita kena teruskan komunikasi bubu dan agas

5. seperti yg saya maklumkan sebelum ini jika ingin mengikuti team SAR cari dalam kumpulan dan apa yang kami perlukan adalah bila kumpulan anda nak masuk dan sampai bila, apa kelengkapan yg anda ada contohnya gps dan radio, dan siapa guide yg anda ada untuk kesana?

6. klu yg kita ada buat masa ini tidak byk membantu kita punya operasi, walaubagaimanapun kita tidak ambil enteng akan klu yg ada. segala tenaga dikerahkan kearahnya dan tidak dilupakan juga akan lokasi lain.

7. kita perlukan byk lagi dana untuk SAR ini utk kebajikan kita punya team SAR

8. kita amat berterima kasih kepada team SAR terutama RQ1 (team dr boy n the geng), RQ2 ( team adik idan n the gang), RQ3 (Yon n the gang), RQ4 (Nadir n the gang), RQ5 (poncho n the geng), RQ6 (Mali n the geng) maaf tak tak ingat nama anda semua dan tak lupa pada Rob, hensem, PGA, bomba, pertahanan awam dan polis lojing. yang mana tak de nama tu nanti saya akan update semua nama penuh.

9. tak de kata lain kepada team SAR kita, anda semua KOMANDO

10. kepada yg menderma pada dana terima kasih. kepada yg berikhtiar dgn cara lain terima kasih juga saya ucapkan

11. AKHIR kata buat masa ini...... BANYAK LAGI LIPAT GANDA USAHA KITA PERLUKAN DARI ANDA SEMUA SEHINGGA HASSAN BERJAYA DITEMUI.

_________________
--
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2009 05:58 PM | Show all posts
PERHATIAN :-

Pergerakan untuk konvoi team malam ni 27 Feb 2009.

Berkumpul jam 9.30 malam dan akan memulakan perjalanan TEPAT JAM 10.00 malam. Minta kerjasama dari semua samada peserta konvoi @ para penderma untuk mematuhi jadual perjalanan.

Tempat berkumpul : TERMINAL LRT PUTRA GOMBAK.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 03:57 PM | Show all posts
Kepada yg nak jadik sukarelawan misi SAR Yong Yap. Antara info yang kami perlu tahu

1 - Nama dan tempat (so leh tau korunk gerak dari mana)

2 - Berapa orang nak pergi (klu yang dalam group)

3 - Bila nak masuk, dari bila sampai bila

4 - Pernah masuk kat kawasan yang terlibat atau tidak...

Sila hubungi rembau  0123358658 sekiranya anda berminat especially pada penggiat penggiat outdoor di sana. Ini adalah kerja amal atas dasar semangat setiakawan dan keikhlasan, sekiranya anda mengharapkan sesuatu 'kemewahan' mungkin pihak kami xmampu sediakan tetapi dari segi ration/bantuan lelain kami cuba berikan dengan yg termampu dan juga MUNGKIN surat perlepasan dari polis boleh disediakan atas budi bicara semasa. Sekian. Harap Maklum
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 05:38 PM | Show all posts

Reply #10 Defcon's post

kenapa tak buat permohonan bertulis ke MINDEF untuk bantuan SAR ni?

kalau anda minta tolong, MINdEF akan bagi pertolongan walaupun sedikit...

sebabnya, POLIS takkan minta tolong MINDEF, kredibiliti le katakan...

dah ade petunjuk ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 05:48 PM | Show all posts
Dari Berita Harian (Mutakhir)

Kerani RHB Bank sesat di hutan belum ditemui

GUA MUSANG: Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, kerani RHB Bank, Bangi, Selangor yang hilang dalam perjalanan pulang daripada mendaki Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke di sini, sejak Ahad lalu, belum ditemui sehingga petang ini.

Gerakan mencarinya diteruskan mulai jam 9 pagi ini dengan penambahan anggota polis, Unit Udara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)dan penduduk setempat.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hassan, berkata rakan-rakan Mohamed Hassan yang selamat keluar diminta membantu dalam gerakan mencari.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada petugas operasi penyelamat itu di Lojing pagi ini, beliau berkata, bahawa pagi ini pasukan mencari itu bergerak melalui trek Kem Agas tempat Mohamed Hassan Ayat, dilaporkan hilang.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dapat diketahui petang nanti menerusi ketua operasi yang juga Ketua Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Daerah Polis Gua Musang, Inspektor Harris Turung.

"Kita juga perlu melihat kepada keadaan cuaca kerana Lojing ini sering kali mengalami hujan yang menyebabkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia tidak boleh memantau sepanjang masa," katanya.

Ibu Mohamed Hassan Ayat, Norhayati Abdul Razak, 56, semasa ditemui di Lojing, berkata, beliau tidak dapat bayangkan keadaan anaknya yang keseorangan dalam hutan.

"Mak cik doakan dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya.

Norhayati berkata, Mohamed Hassan Ayat mendapat keizinannya untuk menyertai ekspedisi itu kerana anaknya itu amat menggemari aktiviti mendaki termasuk di luar negara.

"Yang mak cik bimbang ialah kaca matanya tertinggal di pejabat kerana dia rabun jauh," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 09:28 PM | Show all posts
Search For Missing Bank Clerk Called Off

GUA MUSANG, March 7 (Bernama) -- Police have called off the search and rescue operation for missing RHB Bank clerk Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, at Gunung Yong Yap, near Pos Brooke 21 days ago.

Gua Musang deputy police chief DSP Aziz Hassan said the operation was stopped following a directive by Kelantan police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi here, Saturday.

"The operation has to be stopped as police have not received any new lead that can help us to locate the missing person," he told Bernama here today.

Aziz said the Civil Defence Department (JPAM) and the Fire & Rescue Department have also stopped their operation.

Mohamed Hassan Ayat was found missing while descending Gunung Yong Yap with 13 others on Feb 15.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 09:30 PM | Show all posts

Reply #10 Defcon's post

Bro... aku nak confirmkan perkara nie... ada tak Tentera Darat terbabit tak dalam SAR nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by standupper at 7-3-2009 21:30
Bro... aku nak confirmkan perkara nie... ada tak Tentera Darat terbabit tak dalam SAR nie?


http://www.nst.com.my wrote:
Search for clerk on Gunung Yong Yap called off

GUA MUSANG, Sat: Police have called off the search and rescue operation for missing RHB Bank clerk Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, on Gunung Yong Yap, near Pos Brooke 21 days ago.

Gua Musang deputy police chief DSP Aziz Hassan said the operation was stopped following a directive by Kelantan police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi here today.

"The operation has to be stopped as police have not received any new lead that can help us to locate the missing person," he said here today.

Aziz said the Civil Defence Department (JPAM) and the Fire & Rescue Department have also stopped their operation.

Mohamed Hassan Ayat was found missing while descending Gunung Yong Yap with 13 others on Feb 15. -- BERNAMA


[quote]http://www.hmetro.com.my wrote:

Setempat Henti operasi cari kerani hilang

GUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat kerani RHB Bank cawangan Bangi Selangor, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, yang hilang di Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke, 21 hari lalu, dihentikan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan berkata, operasi itu dihentikan selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, semalam.

揌ari ini masuk tiga minggu kehilangan mangsa dan pihak kita menerima arahan daripada Ketua Polis Kelantan supaya menghentikan operasi mencari dan menyelamat.

揝ehingga operasi terakhir yang dijalankan semalam juga, tiada perkembangan atau petanda terbaru yang kami terima untuk membantu polis membawa kepada penemuan mangsa, menyebabkan operasi terpaksa dihentikan,
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 04:15 PM | Show all posts
where is GGK, PARA, IBAN RENJER, VAT69, SENOI PRAQ...
can someone explain to me the prosedur of our SOF to join the SAR and CSAR operation....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 08:34 AM | Show all posts
Dah dekat sebulan dah ekk bro tu hilang..hrp2 dia kuat semangat ler kat dalam sana n team SAR x putus harapan mencari...korang dah buat terbaik so far

kadang2 time2 mcm nie cara nak survive yg pernah tunjuk dlm Man vs Wild tu berguna gak

all the best guys
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 01:49 PM | Show all posts

Reply #15 Defcon's post

Tuh yang aku tanya... ada keluhan daripada warga kem Iskandar.. kenapa IPD cukup selesa dengan pasukan SAR sedia ada sampai takde sebarang permintaan untuk TD menyertai operasi.. sedangkan warga GGK sekian lama biasa dgn kawasan operasi tuh. Ntah ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 02:37 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam hormat

Kenyataan Umum untuk SAR Hassan Ayat

Setelah perbincangan dengan pihak yang terlibat secara langsung dalam operasi SAR Hassan Ayat di Kelab Mares pada 17 Mac 2009, satu kata sepakat dicapai;

1. Gerakkan SAR dari pendaki gunung akan secara rasmi akan ditutup pada jam 1201 tgh/mlm 27 Mac 2009

2. Operasi SAR bersepadu pendaki gunung yang terakhir akan dibuat pada 21 hingga 26 Mac 2009

3. Pada dan selepas 27 Mac 2009 kawasan SAR akan ditutup pada awam untuk kegunaan latihan PGA sampai dimaklumkan kelak.

4. Sebarang bentuk pencarian atau pendakian selepas ini adalah tidak tertakluk pada peyelarasan dan bantuan pasukan Gerakkan SAR pendaki.

Sekian

" Tahan Tunggu, Tak Tahan Cabut, Diam Tanda Setuju"


Yang Benar
Gerakkan SAR Hassan Ayat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by eragon at 17-3-2009 16:15
where is GGK, PARA, IBAN RENJER, VAT69, SENOI PRAQ...
can someone explain to me the prosedur of our SOF to join the SAR and CSAR operation....


Erm.. perkara berkaitan dengan pihak berkuasa kami tidak dapat/tidak boleh memberi sebarang keputusan coz itu bergantung pada arahan pihak atasan pihak berkuasa terbabit. Kami hanyalah dari komuniti pendaki/outdoor yang dengan sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atas dasar semangat setiakawan mewujudkan search party & bergabung dengan  pihak berkuasa untuk mencari mangsa. Maaf, saya xpaham singkatan SOF anda tetapi jika anda maksudkan SOP - standard of procedure utk join SAR ini bersama sama dengan kengkawan outdoor/NGO (bukan secara rasmi melalui pihak berkuasa) seperti mana yang telah diterangkan dalam post sebelum ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.371817 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list