CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24165|Reply: 31

Mitos Ban Pecah : Sumpahan Si Anak Yatim

[Copy link]
Post time 1-7-2009 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 1-7-2009 12:12

Apabila ombak menghakis pantai
Oleh AHMAD SHAARI
[email protected]


Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?




PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.

Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian.Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.

Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?

Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82.

Bekas imam di kampung tersebut memberitahu, kisah tersebut menjadi bualan penduduk kampung ketika itu. Namun, meniti peredaran zaman, kisah itu lenyap sedikit demi sedikit.




"Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah 'lautan sawah' padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.

"Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.

"Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik," ujar Masjuri.

Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.

Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.

"Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar.

"Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, 'Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya'. Sejak itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.

"Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.

"Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang," ujarnya.


PENDUDUK kampung mendakwa kawasan pantai ini dahulunya merupakan sawah padi.

Perkara itu diakui oleh seorang lagi penghuni kampung itu, Ahmad Mukri, 72.

"Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.

Sementara itu, seorang pemilik gerai, Hassan Mohamad, 46, mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah-tengah pantai ketika air surut.

"Saya masih dapat melihat pintu air jauh ke tengah laut iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai.

"Pintu air itu jelas menjadi bukti bahawa kawasan laut sekarang adalah ban satu ketika dahulu," katanya.

Seorang penduduk yang sering bermain di kawasan Ban Pecah ketika usia remaja, Ishak Cik, 62, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

Beliau berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.

"Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci,"katanya.

Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 01:22 PM | Show all posts
kampung aku... slalu lepak & cuci mata kat situ

nak mancing banyak ikan senangin, kerapu kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 03:02 PM | Show all posts
best ke situ?ada restoran seafood ke?atau medan ikan bakar ke?rasa nak gi lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 03:54 PM | Show all posts
loh kat perak ke?
nnti nak ajak tunang aku g la...
krian ngn manjung jauh x?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 04:20 PM | Show all posts
ader resort ker hotel ker kat sini tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 02:33 PM | Show all posts
ban pecah....tempat lepak sambil tgk matahari terbenam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2009 02:52 PM | Show all posts
kat sini memang betul...member aku pernah bawa aku situ then mak sedara dia citer benda yang sama....

n kalo tgk ....kat tgh laut tu ada pintu air yang biasa kawal masuk air di sawah....kalo air laut surut leh nampak...pintu air tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 04:14 PM | Show all posts
Tak penah tau tentang cite nih.. nama tempat pun tak penah dgr..
So skrg dah jadi mcm kawasan peranginan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2009 06:37 PM | Show all posts
kan dah kena? tamak sangat....sekali Allah bagi turun bala habis harta hilang sekelip mata...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 01:22 PM | Show all posts
aku baru p bulan lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 02:05 PM | Show all posts
tu lah......jangan makan harta anak yatim.....hidup tak berkat...

Anak yatim tu ada lagi ke sekarang ni?? Lepas tu dia pergi mana??
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:02 AM | Show all posts
ai rasa mungkin kebetulan doa anak yatim berlaku jugak time tu ombak besar dtg menukarkan sawah padi menjadi kawasan lautan...adakalanya sesuatu yg berlaku mesti ada hikmahnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:25 AM | Show all posts
macam kisah atuk aku lak...
arwah atuk aku anak yatim, moyang aku meninggal time dia kecik lagi.
moyang aku org kaya. ade tanah atas bukit.
lepas moyang aku meninggal, org yg diamanahkan suh jaga tanah dia tu pecah amanah.
tukar nama ke nama dia. skrg ni, tanah tu ade satu pokok je yg hidup, tu pon x kuar buah. mak aku ckp, kalo org tu org keturunan diorg tanam pokok je... mmg x idup pon..
tulaa... balasan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 12:42 PM | Show all posts
Apabila ombak menghakis pantai
Oleh AHMAD SHAARI



Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kon ...
Syd Post at 1-7-2009 12:09



    pintu air jauh terpacak kat tengah laut tu,mmg dulu kawasan sawah yg luas pun mase tu.dulu nk pegi pantai punyalah jauh,skrg dah dekat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:35 PM | Show all posts
tak tau pulak saya pasal ni.. duduk je kat parit buntar tapi tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:36 PM | Show all posts
tak tau pulak saya pasal ni.. duduk je kat parit buntar tapi tak tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 10:31 AM | Show all posts
cube korang selam balik..
manatau jumpe padi sedang menguning...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 11:57 AM | Show all posts
actually bende yg same pernah blaku kat kg aku kat bagan datoh perak jgk.. dlu kawasan kebun kelapa pastu biler ban pecah jd laut balik.. cerita psl sumpahan anak yatim pun ade jgk kononnyer blaku masa taun 1960an..

well, sebenarnya la aku percaya ini terjadi sbb fenomena hakisan pantai.. bkn apa, kawasan tu dulu tanah paya lepas tu ditebus guna oleh org2 banjar yg meneroka kwsn tu.. but still, tanah walau ditebus gunapun still berisiko jgk untuk rebak... so, pandai2lah generasi yg selepas tu maintain

sbg keturunan banjar, aq mmg banggalah dgn keupayaan engineering ni.. tp segenius mne keupayaan akal manusia.. tak bole lawan jgk kuasa Allah SWT.. walahualam
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 12:19 PM | Show all posts
tak tau pulak saya pasal ni.. duduk je kat parit buntar tapi tak tau...
iza89 Post at 24-3-2011 22:36



    org kat sane semua tau sal tali air ade yg dah tenggelam ade yg masih terpacak kat tengah laut lagi.kalo time air surut akan nampak jauh di sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 01:40 PM | Show all posts
wah very interesting... tak pernah dengar pun tempat ni. teringin plak tengok pintu ban di tgh laut tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.559447 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list