View: 4660|Reply: 3
|
Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo Dibina Di Sepilok
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 17-7-2009 21:55
Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo Dibina Di Sepilok
SANDAKAN, 17 Julai (Bernama) -- Sebuah Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo akan dibangunkan di Sepilok di sini dalam usaha memulihara dan melindungi haiwan itu daripada pupus.
Majlis pecah tanah tapak pusat konservasi yang terletak bersebelahan dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok itu dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, Jumaat.
Pengarah pusat itu Cynthia Ong berkata tapak pusat konservasi itu terletak berhampiran dengan Hutan Simpan Kabili-Sepilok dan pembinaannya membabitkan tiga fasa.
"Antara kemudahan yang akan dibina di pusat ini adalah ruangpenempatan khas yang mampu menempatkan 43 ekor beruang matahari, pusatpelawat, galeri pameran dan laluan semulajadi," katanya ketika berucappada majlis pecah tanah itu di sini.
Beliau berkata kedudukan dua hektar kawasan pusat itu di dalam kawasan Hutan Simpan Kabili-Sepilok akan membolehkan beruang matahari di pusat berkenaan menjalani kehidupan dalam persekitaran semulaja didalam hutan.
Menurut beliau fasa pertama melibatkan pembinaan rumah khas dengan kapasiti mampu menempatkan 27 ekor beruang matahari dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan lagi.
Cynthia berkata projek fasa pertama melibatkan kos RM1.3 juta sumbangan pihak swasta dan agensi kerajaan.
"Usaha kini dilakukan untuk mengisi tabung bagi membiayai projek fasa kedua melibatkan kos RM600,000 dan fasa ketiga dengan kosRM900,000," katanya.
Menurut beliau pembinaan pusat konservasi ini membabitkankerjasama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan LEAP, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagusla ek dorg nye usaha nak preserve beruang matahari yg terancam kepupusan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap harap lah lepas ni ramai lah lagi animal lover kat malaysia ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada dua tempat tarikan pelancong kat sepilok.
1. orang utan
2. beruang matahari |
|
|
|
|
|
|
| |
|