CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4319|Reply: 5

Malware dalang kerosakan sistem komputer di Malaysia

[Copy link]
Post time 19-12-2009 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Malware dalang kerosakan sistem komputer di Malaysia
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kira-kira 70.8 peratus daripada semua komputer yang mengalami kerosakan sistem di Malaysia pada separuh pertama 2009 adalah disebabkan oleh malware, demikian menurut kajian firma perisian, Microsoft Corp.Jumlah komputer yang dijangkiti meningkat begitu ketara berbanding 57.4 peratus pada separuh kedua 2008, kata Ketua Keselamatan dan Persendirian Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis pada taklimat media di sini.Malware ialah perisian yang boleh diguna oleh penjenayah siber untuk mencuri akaun dan maklumat bank, mengesan segala apa yang ditaip oleh pengguna komputer, menghantar perisian berniat jahat atau spam dan merosakkan komputer.Laporan Perisik Keselamatan Microsoft mendapati kategori malware yang paling banyak terdapat di Malaysia ialah cecacing yang menyumbang 39.5 peratus daripada kesemua komputer yang dijangkiti.Sejumlah 32,387 komputer dijangkiti cecacing semasa separuh pertama 2009, 2,379 komputer oleh spyware dan 1,272 komputer oleh virus.Laporan itu mendapati jangkitan cecacing dalam ruang perniagaan meningkat hampir 100 peratus semasa separuh pertama 2009 berbanding enam bulan sebelumnya di seluruh dunia.Conficker merupakan cecacing paling banyak dikesan bagi perniagaan kerana cara ia membiak lebih efektif di persekitaran jaringan dalam lingkungan firewall.Peterson-Jarvis berkata, bagi separuh pertama tahun ini, produk dan perkhidmatan Microsoft telah menyingkir malware daripada lebih 13 juta komputer di seluruh dunia."Internet Explorer 8 meningkatkan keyakinan pelanggan dalam talian dengan menyediakan peningkatan keupayaan mengawal dan melindungi data mereka."Ia satu pendekatan keselamatan dan persendirian dari awal hingga akhir yang memberi fokus pada kejuruteraan sosial, pertahanan baharu serangan terhadap pelayan laman, dan kemajuan tambahan mempertahankan eksploitasi terhadap pangkalan penyemak pengimbas," katanya.Dilancarkan pada Mac tahun ini, Internet Explorer 8 mengandungi SmartScreen Filter baharu yang melindungi komputer dengan lebih baik dan memberi amaran apabila pengguna cuba melihat laman web atau turun muat fail yang berkemungkinan tidak selamat."Ia berupaya menyekat dua hingga empat kali laman berniat jahat seperti penyemak lain di pasaran hari ini," kata Peterson-Jarvis.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 02:17 PM | Show all posts
"Internet Explorer 8 mengandungi SmartScreen Filter baharu yang melindungi komputer dengan lebih baik "

sempat promote
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 10:33 AM | Show all posts
"Internet Explorer 8 mengandungi SmartScreen Filter baharu yang melindungi komputer dengan lebih baik "

sempat promote
kmkd Post at 19-12-2009 02:17 PM



ye ke..tapi mostly komputer yang upgrade to ie8... tak dpt nak masuk desktop and cannot run other program... at my opis banyak komputer kena sampai kitorg terpaksa uninstall ie8 baru ok balik... lagi lak ie8 ni tak dapat nak syncronize ngan proxy.... actually ie8 ni ok ke tak? sorry lari topic skit...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 01:00 AM | Show all posts
tula..mesti dia promote sesuatu...
hehehhe...bisnes katakan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 08:24 AM | Show all posts
ye ke..tapi mostly komputer yang upgrade to ie8... tak dpt nak masuk desktop and cannot run ot ...
Aisyazurina Post at 22-12-2009 10:33



sama gak. opis saya pun gitu. semua pc yg install ie8 takleh bukak in-house punya sistem. pastu print function guna slip printer pun takmo jalan. last2 kena revert ke ie7 balik. baru ok semula.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 04:24 PM | Show all posts
ok je IE8... kebanyakkan sistem gomen kene gune IE uk run system cam HRMIS.. tapi aku dh terbiase dgn FF... so, pakai FF je sampai skg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072872 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list