View: 106274|Reply: 591
|
Sampaikan.....walau satu ayat.
[Copy link]
|
|
Assalam mualaikum....teringat nak buka topik baru kat phg ni.....mari kita sesama menyampaikan walau satu ayat untuk kita tatapi bersama dan semoga dipanjangkan kepada semua...
Saya mulakan dengan yang ini..........
[size=100%]“Pada hari Jumaat itu ada suatu saat dimana tidak seorang Muslim pun memohonkan sesuatu kebaikan kepada Allah dan bertepatan dengan saat itu, melainkan pasti Alllah akan mengabulkan permohonannya. Dan saat itu ialah sesudah ‘Asar”.(Diriwayat kan oleh Ahmad dan menurut ‘Iraqi, hadith ini sahih) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tambah satu....
Doa Boleh Mengubah Takdir
Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu 'alaih wa sallam menjelaskan bahwa taqdir yang Allah ta'aala telah tentukan bisa berubah. Dan faktor yang dapat mengubah taqdir ialah doa seseorang.
Bersabda Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam: "Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta'ala selain do'a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.." (HRTirmidzi 2065) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita baca satu setiap hari...setahun kita dapat 365 ilmu.. |
|
|
|
|
|
|
|
seseorang duduk dlm masjid selama 3 minit dan berniat beriktiqaf adalah lebih baik dari org yg duduk selama 3 jam tanpa berniat iktiqaf |
|
|
|
|
|
|
|
disampaikan oleh ustaz pagi tadi....
~apabila sesorang itu tidak menunaikan solat, ia akan memudaratkan 40 org yang ada disekeliling nya~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnyalah seseorang itu berdoa pada saat terakhir dari hari Jumaat.
Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya:
Pada suatu ketika saya mengatakan, dan ketika itu Rasulullah saw sedang duduk: “ Dalam Kitabullah kita beroleh keterangan bahawa pada hari Jumaat itu ada suatu saat, dimana tiada seorang hamba Mukmin pun bersolat lalu berdoa kepada Allah Ta’ala sedang waktunya bertepatan dengan saat tersebut melainkan Allah pasti akan mengabulkan permohonannya”. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tiba-tiba”, kata Abdullah pula,” Rasulullah saw member isyarat kepadaku dan mengatakan: “Atau sekejap saat”. “Benar sekejap saat”. Kataku pula, “tapi bila waktunya?” Ujar Beliau: “Ialah saat terakhir pada siang hari Jumaat itu”. Tanya ku pula: “Bukankah pada waktu itu tidak boleh bersolat?” Maka ujar Nabi saw: “Benar tapi seorang Mukmin itu apabila telah selesai bersolat, lalu duduk menantikan solat berikutnya, berarti ia masih dalam dalam bersolat”. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika anda meminta,maka mintalah kpd Allah,nescaya anda
akn dpt pertolongan dan kecukupan,petunjuk dan ketepatan,
kebaikan dan jalan keluar,bantuan dan kekuatan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w
" Barangsiapayang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun" |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kata2 ustaz abdullah lutfi al fatani....semasa kuliah subuh di masjid saidina hamzah
sekira cuma ada sekali Allah terima solat kita sepanjang hidup kita ini..nescya Allah akan masukkan dkedalam syurga |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Sahl bin Saad r.a:
Daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun tanpa melepasinya |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya istana orang mukmin di dalam Syurga dibina dari sebutir mutiara yang berongga. Panjangnya enam puluh batu dan di dalamnya ada keluarga orang mukmin tadi. Dia mengelilingi mereka tetapi masing-masing tidak dapat melihat sebahagian yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". |
|
|
|
|
|
|
|
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|