|
Salam semua,
ada tak sesiapa kat sini yg pernah sakit tumit sebelah kiri, boleh share pengalaman tak |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah alami sakit kaki tapi lebih kepada tapak. Penyakit yg saya alami dipanggil plantar fasciitis.
Ianya disebabkan keradangan (inflammation) pada plantar fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kpd jari kaki.
Simptoms: sakit pada tapak kaki, terutama pada bhgian tumit, terutama waktu pagi dan semasa berdiri lama.
Faktor penyebab:
Plantar fascia bertindak sbg 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces) pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.
Antara faktor-faktor penyumbang:
1) Aktiviti fizikal berlebihan spt ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'
2) Arthritis-penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pd tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis
3) Diabetes-PF lebih biasa berlaku pd penghidap diabetes (sbb tak diketahui)
4) Faktor mekanikal kaki-spt orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah
5) Pemakaian kasut yang salah- kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki.
6) Berlebihan berat badan
Doktor saya ada prescribe ubat tahan sakit tapi tak berkesan. Dia juga syorkan saya dapatkan suntikan terus kepada tapak yang sakit tapi saya takut. Ada juga petua2 yg dia suruh ikut macam buat stretching tapak kaki n rendam kaki dlm air panas. Membantu sedikit tapi sakit datang balik.
Awal bulan ni tergerak hati saya pergi ke kedai ubat cina dan tanya tukang jual ubat tu kalau dia ada ubat herba yang boleh saya cuba. Dia syorkan saya pakai detox foot patch (x pasti brand apa sebab tulisan jepun) dan ubat pil bagi melancarkan pengaliran darah. Lepas dua hari alhamdulillah memang ada perubahan. Tapak kaki saya dah tak sakit mcm dulu lagi. Rasa sengal2 aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah alami sakit kaki tapi lebih kepada tapak. Penyakit yg saya alami dipanggil plantar fasciitis ...
zafira Post at 15-7-2010 16:27
utk zafira, apakah faktor penyebabnya? Saya rasa saya pun mengalaminya PF, tgh menaipni pun tumit amatlah sakitnya.
Malas nak bangkit. Saya pernah mencuba foot detox patch 3 hari berturut-turut ada kurang. Nak sambung memakainya. Zafira tampal ditumit yg sakit ke atau tengah tapak kaki? Tq. |
|
|
|
|
|
|
| |
|