CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas didenda akibat ugut hendak bakar kedai runcit adik ipar

[Copy link]
Post time 25-3-2022 11:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Padah mengugut hendak membakar kedai runcit milik adik iparnya pada Ahad lalu, seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau dua minggu penjara sekiranya gagal membayar oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Lim Ann Loke, 64, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa wanita berusia 64 tahun dalam satu kejadian sekitar jam 3 petang, 20 Mac lalu di hadapan kedai mangsa terletak di Jalan Tabuan Dayak di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh datang ke kedai tersebut membawa sebilah parang dan sabit pada hari kejadian.

Tertuduh seterusnya menunjuk-nunjukkan parang serta sabit tersebut kepada mangsa, selain mengeluarkan kata ugutan hendak membakar kedai mangsa sekiranya mangsa membawa isteri tertuduh pergi membuat laporan polis.

Difahamkan, isteri tertuduh merupakan kakak kembar mangsa dan mangsa berasa tidak puas hati terhadap tertuduh susulan dia dipercayai sering memukul kakaknya.

Mangsa yang berasa terancam dan bimbang akan keselamatan diri serta keluarga kemudiannya membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh pada 23 Mac lalu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh melakukan ugutan jenayah dengan sengaja hendak menakutkan mangsa dan seterusnya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh dilaporkan membayar denda tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2022/03/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.034387 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list