CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sabah] Bukan masanya untuk tingkat gaji minimum

[Copy link]
Post time 25-3-2022 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-3-2022 03:57 PM



KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan untuk melaksanakan kenaikan gaji minimum pada ketika ini adalah tidak tepat pada waktunya.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Prof. Foo Ngee Kee berkata, pengusaha dalam sektor ekonomi masih belum pulih sepenuhnya. Masa terbaik untuk pelaksanaan itu adalah selepas semua perniagaan pulih.

"Ketika itu para peniaga mampu membiayai kenaikan gaji minimum sebanyak 25 peratus daripada RM1,200 ketika ini.

"Kerajaan juga masih belum berjaya mengatasi dua masalah utama seperti kadar pengangguran tinggi dan memulihkan perniagaan PKS serta lain-lain," katanya dalam satu kenyataan bersama di sini, semalam.

Foo menjelaskan kenyataan bersama itu dikeluarkan bagi pihak Persatuan Industri Kayu-Kayan Sabah, Persatuan Perabot Sabah, Persatuan Binaan Sabah, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah, Persatuan Majikan Sabah dan ramai lagi.

Katanya, kadar pengangguran di Sabah juga meningkat daripada 5.6 peratus pada 2019 kepada 8 peratus 2020 dan 9 peratus pada suku ke empat 2021.

Menurutnya, seramai 184,000 penduduk tempatan menganggur pada 2021 yang mana kerajaan negeri dan persekutuan sedang sedaya upaya mengatasi masalah berkenaan.

Beliau berkata, pelaksanaan itu juga akan menjejaskan lagi masalah pengangguran di Malaysia khususnya Sabah.

"Hampir semua peniagaan PKS terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan status kewangan masih lemah serta ketidaktentuan penjanaan hasil jualan, ramai dalam kalangan peniaga juga bergelut untuk membayar gaji pekerja mereka, apa lagi selepas pelaksanaan gaji minimum baharu nanti.

"Pelaksanaan yang tidak berbincang dengan sektor swasta boleh membawa kepada kegagalan perniagaan sekali gus menyebabkan lebih ramai pengangguran," katanya.

Selain itu katanya, peningkatan gaji minumum juga akan menyebabkan kos operasi PKS meningkat dan akhirnya harga barangan juga naik mendadak sehingga menyebabkan rakyat sengsara khususnya golongan berpendapatan rendah.


utusanborneo.com.my/2022/03/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.031302 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list