CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 0

Mentaliti toksik rosakkan bola sepak

[Copy link]
Post time 31-3-2022 09:24 AM | Show all posts |Read mode

TUNKU ISMAIL

Mentaliti toksik rosakkan bola sepak

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru agar penyokong bola sepak negara membuang ‘mentaliti toksik’ sekiranya mahu menyaksikan kemajuan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Sebagai rekod, beberapa pe­main skuad negara telah dikritik hebat ketika tewas 1-2 kepada Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa, Sabtu lepas dengan kapten pasukan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menjadi mangsa utama.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, peminat bola sepak mudah lupa dengan kejayaan serta pengorbanan pemain yang pernah mewakili negara ketika ini.

“Mentaliti toksik dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing (penyokong) masih tahap low kelas. Semua lupa pengorbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara.

“Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka seolah tiada makna. Kesian bila lihat pemain yang berkorban untuk skuad kebangsaan atau mana-mana pasukan tidak dihargai (penyokong),” kata Tunku Ismail menerusi laman sosial Instagram semalam.

Penyokong Harimau Malaya sebelum ini dilihat agak keterlaluan apabila menularkan gambar Aidil yang telah disunting dengan menggabungkan dengan wajah pertahanan Manchester United, Harry Maguire sejak kelmarin.

Sementara itu, adik kepada Aidil yang juga bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak turut menyuarakan nada kecewa menerusi platform Instagram peribadinya semalam.

“Inilah kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak. Bila menang semua indah kata-kata, tapi bila kalah siap sanggup edit muka,” kata Zaquan yang kini merupakan kapten Negeri Sembilan FC (NSFC).

Aidil yang telah mewakili skuad negara sejak 2008 memiliki 98 kap antarabangsa masih menjadi watak penting pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon selepas dile­takkan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Singapura.

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... osakkan-bola-sepak/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073209 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list