CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

Kadar jangkitan sporadik COVID-19 di Sabah tinggi

[Copy link]
Post time 31-3-2022 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Kadar jangkitan sporadik COVID-19 di Sabah tinggi



KOTA KINABALU: Sabah mencatat jangkitan COVID-19 secara sporadik atau kes dikesan melalui saringan bergejala yang tinggi dengan 64.22 peratus daripada 313 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata situasi itu menunjukkan risiko jangkitan COVID-19 dalam masyarakat juga semakin tinggi.

"Berikutan itu, orang ramai sekali lagi diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) khususnya ketika berada di khalayak ramai lebih-lebih lagi di tempat yang sesak," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jangkitan sporadik itu menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 57 peratus daripada jumlah kes yang direkodkan kelmarin.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata jangkitan harian COVID-19 di Sabah kembali menunjukkan peningkatan selepas mencatat penurunan hingga di bawah 200 kes beberapa hari lalu.

Katanya, 313 kes baharu semalam menunjukkan peningkatan sebanyak 62 kes daripada 251 kes yang dilaporkan kelmarin.

"Kes harian yang semakin naik adalah sejajar dengan pertambahan jangkitan baharu di lebih banyak daerah di Sabah.

"Hari ini (semalam) 14 daerah mencatatkan pertambahan yang didahului Kota Kinabalu dengan 104 kes baharu, naik 40 kes berbanding sebelumnya.

"Daerah Putatan pula mencatat 30 kes, diikuti Papar (28) dan Penampang (23) semuanya mencatatkan peningkatan jangkitan baharu, manakala daerah yang mencatatkan penurunan kes harian hanya pada kadar yang kecil," katanya.

Bagaimanapun, katanya, daerah Telupid, Tongod dan Nabawan tidak mencatat sebarang kes baharu semalam.

Masidi berkata, seramai 305 orang atau 97.45 peratus daripada 313 pesakit baharu semalam berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti dua orang dalam Kategori 3 serta masing-masing tiga orang dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Sementara itu, katanya, satu kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sabah semalam iaitu di daerah Tuaran, manakala seramai 811 pesakit sembuh dan 311 lagi masih dirawat termasuk 32 pesakit yang kritikal.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -19-di-sabah-tinggi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.330357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list