CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 0

Queiroz letak jawatan kecewa kali kedua bersama Mesir

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode

QUEIROZ

Queiroz letak jawatan kecewa kali kedua bersama Mesir

DAKAR – Pengendali Mesir, Carlos Queiroz mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan secara terhormat selepas gagal membantu pasukan mara ke pentas Piala Dunia 2022 selepas tewas kepada Senegal pada aksi playoff awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Abdoulaye Wade itu, skuad Se­negal berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat ke­dudukan agregat 1-1 sebelum meraih kemenangan hasil penentuan penalti dengan keputusan 3-1.

Keputusan tersebut sekali gus mengulangi aksi final Piala Negara-Negara Afrika pada Ja­nuari lepas yang turut me­nyaksikan The Pharaohs tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Kata Queiroz, permohonan maaf disampaikan kepada Persa­tuan Bola Sepak Mesir (EFA) dan penyokong fanatik negara itu susulan kegagalan memastikan sasaran untuk pasukan beraksi di kejohanan bola sepak yang paling berprestij di Qatar nanti.

“Impian sudah berakhir, namun saya mahu meng­ucapkan penghargaan buat EFA kerana memberikan kepercayaan buat saya membimbing pasukan ini. Selain itu, terima kasih juga di­ucapkan kepada barisan kejurulatihan serta pemain yang bekerja keras sepanjang perkhidmatan saya.

“Tiada apa yang boleh saya lakukan kerana pasukan sudah mencuba yang terbaik dan permohonan maaf diucapkan buat peminat kami. Saya harap pasukan ini akan terus berdaya saing di bawah kendalian jurulatih baharu pada masa akan datang,” katanya.

Pada aksi tersebut, tiga pemain Mesir, Mohamed Salah, Ahmed Sayed Zizo dan Mostafa Mohamed gagal menyudahkan sepakan penalti yang dipertangunggjawabkan.

Queiroz yang sebelum ini cukup dikenali sebagai ‘orang kanan’ bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson turut pernah membimbing pa­sukan bertaraf kebangsaan se­perti Portugal, Iran dan Colombia. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... edua-bersama-mesir/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 1.004942 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list