CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

Peluang buat Rafie bukti kemampuan

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Peluang buat Rafie bukti kemampuan


PENYERANG UiTM FC, Muhamad Rafie Mat Yaacob. FOTO NSTP


Kuala Lumpur: Penyerang UiTM FC, Muhamad Rafie Mat Yaacob menganggap ketiadaan pemain import dalam pasukan musim ini bakal memberi ruang terbaik untuknya memberi impak di bahagian depan dalam pentas Liga Perdana.

Meskipun sedar cabaran yang lebih getir ditempuh UiTM FC tanpa kudrat pemain import, namun Rafie melihat situasi itu sebagai peluang yang besar untuknya bersama pemain lain lebih menyerlah.

Selaku penyerang, pemain berusia 24 tahun ini sedar kepentingan di bahagian depan pasukan dan bertekad ingin meledak seberapa banyak jaringan selepas tidak berjaya menghasilkan sebarang gol pada musim lalu.

"Memang agak mencabar juga apabila tiada pemain import pada tahun ini, sebab sebelum ini kita pun berharap dekat mereka untuk mantapkan pasukan.

"Tapi dalam masa sama, ini juga adalah peluang yang lebih baik untuk pemain-pemain lain terutamanya mereka yang masih muda yang mahukan pengalaman bermain.

"Saya sendiri pun mahu cuba merebut peluang untuk menjaringkan gol sebab tahun lepas tak melakukan sebarang jaringan, jadi saya akan melakukan terbaik untuk bantu pasukan di bahagian depan," katanya.

UiTM FC yang mencatat sejarah sebagai pasukan Universiti pertama beraksi di saingan Liga Super sebelum ini diturunkan pangkat ke divisyen dua musim ini.

Selepas mengharungi dua perlawanan Liga Perdana, UiTM FC masih gagal mencatat sebarang mata apabila tewas dalam kedua-dua aksi kepada Selangor FC II dan Kelantan FC.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... fie-bukti-kemampuan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.102925 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list