CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Pahang] TNB sedia RM10.5 juta bantu murid sejak 2013

[Copy link]
Post time 3-4-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin (tengah) dan Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad (tiga dari kanan) pada Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB 2022 peringkat Pahang di Dewan Telok Gading Tanjung Gemok. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

ROMPIN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan peruntukan lebih RM10.5 juta bagi menjayakan program 'Back to School' dalam tempoh sembilan tahun sejak 2013.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin, berkata tahun ini TNB menyediakan peruntukan RM1 juta lagi bagi meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membabitkan 55 kawasan di seluruh negara.

Katanya, di Pahang seramai 1,254 murid dari lapan kawasan di Rompin, Bera, Cameron Highlands, Temerloh, Bentong, Jelai, Janda Baik dan Raub menerima sumbangan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM230,600.

"Setiap murid menerima barangan keperluan seperti pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis bernilai RM200.

"Bantuan yang diberikan diharap dapat meringankan beban keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara," katanya pada Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB 2022 peringkat Pahang di Dewan Telok Gading Tanjung Gemok, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 menyebabkan kegiatan ekonomi terjejas hingga mengakibatkan kehidupan rakyat terhimpit.

Justeru katanya bantuan yang disediakan TNB dapat meringankan beban golongan terbabit.

Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, bagi membantu rakyat yang dalam kesempitan, TNB sentiasa mengadakan pelbagai program CSR seperti membina dan membaiki rumah, bantuan pendidikan serta bantuan prihatin elektrik.

"Bantuan yang diberikan itu menjadi cerminan budaya korporat TNB yang sentiasa prihatin dengan rakyat dan sentiasa bersedia berkongsi kemakmuran dengan masyarakat terutama dalam suasana sukar ketika negara masih dalam proses pemulihan ekonomi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... tu-murid-sejak-2013
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.167764 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list