CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Kelantan] 'Nikah sempadan: Jangan hanya fikir nak kahwin, fikir juga kemudaratan'

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian pasangan pengantin melangsungkan pernikahan sempena tarikh istimewa 2 Februari 2022 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. - Foto hiasan NSTP

KOTA BHARU: Kerajaan bimbang dengan permintaan tinggi dalam kalangan pasangan Malaysia untuk melangsungkan pernikahan di selatan Thailand menggunakan ejen sindiket nikah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata kebimbangan itu disebabkan wujud keraguan sama ada pernikahan itu sah atau sebaliknya.

Katanya, pasangan yang mahu berkahwin di negara berkenaan sepatutnya memikirkan kemudaratan akan datang termasuk nasib anak di kemudian hari, bukannya memikirkan untuk berkahwin semata-mata.

"Pernikahan di Thailand tidak sepatutnya berlaku sekiranya pasangan berkenaan berfikir secara mendalam dan memikirkan kesan akan datang termasuk nasib anak.

"Mereka perlu mengikuti prosedur undang-undang negeri masing-masing, bukannya mengambil langkah mudah dengan berkahwin di Thailand. Tanya pihak yang lebih arif sama ada nikah berkenaan sah atau tidak kerana banyak implikasinya jika tidak sah," katanya ketika dihubungi.


Idris berkata, isu nikah di Thailand ini adalah isu lama yang sehingga kini tidak selesai.

"Berkaitan isu ini, ia di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan negeri perlu menangani perkara itu.

"Cuma saya mahu mengingatkan kepada pelaku (pasangan) yang berkahwin di Thailand supaya memikirkan lebih mendalam dan berhubung dengan pihak yang lebih arif dalam soal agama.

"Kita bimbang perkahwinan mereka tidak sah dan apa nasib kepada anak mereka nanti. Namun setiap pasangan yang mendaftarkan perkahwinan, mahkamah akan mengenal pasti perkara ini sama ada nikah itu sah atau tidak," katanya.

BH sebelum ini melaporkan, permintaan pasangan dari Malaysia untuk melangsungkan pernikahan di selatan Thailand meningkat mendadak, menjelang pembukaan semula sempadan negara yang ditutup hampir dua

tahun disebabkan pandemik COVID-19.

Peningkatan menggunakan ejen sindiket nikah itu dikatakan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding sepanjang tempoh dua tahun lalu.

Malah, tarikh 1 April lalu, iaitu tarikh pembukaan semula sempadan negara juga dikatakan sudah penuh oleh beberapa ejen sindiket nikah kerana ada pelanggan dari negara ini sudah menempah tarikh berkenaan sejak dari awal.

Ejen sindiket mendakwa, jika sebelum ini purata sebulan yang menggunakan perkhidmatan sekitar 10 hingga 15 orang sahaja, namun sejak pengumuman pembukaan sempadan, sambutan diterima begitu mendadak sehingga tiga kali ganda.
https://www.bharian.com.my/berit ... ir-juga-kemudaratan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.597251 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list