CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Kelantan] 'Sumbat' Pati dalam bonet

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Pati yang ‘disumbat’ dalam bonet kereta oleh penyeludup. FOTO ihsan PDRM

Pasir Mas: Bersesak dalam kereta selain 'sumbat' dalam bonet. Itu modus operandi digunakan seorang tekong untuk menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam sebuah kereta Proton Waja.

Bagaimanapun tindakannya itu dipatahkan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam kejadian di Jalan Pintasan Pasir Mas, Kampung Jeram Perdah, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, ketika kejadian anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak dengan kereta itu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota kemudian menahan kereta itu sebelum melakukan pemeriksaan terhadap pemandu yang juga seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.

"Anggota bertugas menemukan sekumpulan warga Myanmar berhimpit di bahagian tempat duduk penumpang serta di dalam bonet. Selepas disoal siasat, kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah termasuk pengenalan diri dan permit perjalanan.

"Kesemua Pati dan pemandu yang disyaki sebagai tekong ditahan, manakala kereta dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Susulan penahanan pertama itu, katanya, pada jam 4 pagi hari sama, anggota menyerbu sebuah rumah di Kampung Pangkal Pisang, Kota Bharu sebelum menahan seorang lelaki warga tempatan.

Azhari berkata, siasatan awal mendapati dua warga tempatan itu disyaki berperanan sebagai 'transporter' dengan mengenakan upah sebanyak RM400 bagi setiap Pati yang dibawa ke Kuala Lumpur.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Pati yang berjaya ditahan ketika cuba diseludup. FOTO ihsan PDRM
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-pati-dalam-bonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.043881 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list