|
NURIZZATI Musmad, 29, (tengah) di samping kuih tradisional Terengganu yang dijualnya di Bazar Ramadan Batu Enam. FOTO Ghazali Kori.
Kuala Terengganu: Bazar Ramadan Batu Enam di Kuala Nerus dekat sini, kembali meriah seperti sebelum pandemik Covid-19 dan tumpuan penggemar kuih tradisional Terengganu.
Tinjauan mendapati terdapat lebih 50 jenis kuih seperti nganang, tok aji serban, ulat bulu, puteri mandi, mas sejemput, tahi itik, kuih repok, akok, jala mas, tepung gomok, kuih kepal, lok lik, kuih beronok, slemang dan nekbat yang dijual dengan harga antara RM2 hingga RM5.
Semua juadah manisan itu hanya boleh didapati ketika Ramadan.
Peniaga Rohana Awang, 57, berkata, dia sudah berniaga di bazar itu sejak 10 tahun lalu dengan menjual pelbagai jenis kuih yang menjadi pilihan penduduk setempat.
"Pada hari biasa saya berniaga di kedai di Tanjung tetapi apabila bulan puasa, saya ambil peluang berniaga di bazar Ramadan.
"Sambutan memang menggalakkan kerana kuih-kuih ini memang ada peminat tersendiri," katanya.
Terdahulu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mereka sanggup datang ke bazar itu, semata-mata mahu membeli kuih tradisional.
Ini kerana tidak banyak bazar yang beroperasi sejak pagi dan menjadi seperti pusat sehenti kuih tradisional.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... disional-terengganu |
|