CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

Rekod kebal Kl City di laman sendiri musnah

[Copy link]
Post time 7-4-2022 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Rekod kebal Kl City di laman sendiri musnah


Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi diasak pemain KL City, Kenny Pallraj Davaragi pada saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebentar tadi.

REKOD kebal 16 perlawanan tanpa kalah Kuala Lumpur (KL) City di laman sendiri akhirnya musnah selepas tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, pasukan pelawat berjaya membuka tirai jaringan melalui penyerang sensasi mereka, Fernando Forestiri pada minit ke-17 selepas bijak menyudahkan hantaran lambung pemain pertahanan, Syahmi Safari.

JDT kemudiannya terus mengasak ke kubu melalui Bergson da Silva pada minit ke-30, namun situasi satu lawan satu itu berjaya diselamatkan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza sekaligus kedudukan 0-1 kekal hingga tamat separuh mata pertama.

Memasuki babak kedua, KL City cuba memperkemaskan corak permainan apabila mengatur beberapa serangan awal kearah kubu lawan namun gagal untuk membolosi barisan pertahanan JDT.

Nasib malang menimpa skuad warga kota apabila pemain tengahnya, Kenny Pallraj dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari pemain tengah JDT, Leandro Velazquez.

Bagai jatuh ditimpa tangga, gawang gol KL City sekali lagi dibolosi melalui sepakan penalti Bergson pada minit ke-81 untuk meletakkan pelawat selesa dihadapan.

KL City terus dihukum pada minit akhir perlawanan apabila Bergson sekali lagi memahat nama sebagai penjaring sekali gus menyaksikan kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT kekal sebagai pendahulu liga dengan mengutip sembilan mata penuh dalam tiga perlawanan.









Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aman-sendiri-musnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.060887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list