CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 0

Laluan berliku buat skuad B23 negara

[Copy link]
Post time 7-4-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

SKUAD B23 kebangsaan berdepan cabaran besar apabila diundi bersama pilihan utama, Thailand pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada bulan depan.

Laluan berliku buat skuad B23 negara

HARAPAN skuad bawah 23 (B-23) negara untuk melangkah ke pentas separuh akhir pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada bulan depan nampak berliku selepas diundi bersama pilihan utama, Thailand dalam Kumpulan B.

Pada majlis undian yang berlangsung semalam, skuad muda Harimau Malaya kendalian Brad Maloney itu telah turut diundi bersama Singapura, Kemboja dan Laos untuk saingan yang akan bermula 6 hingga 22 Mei ini.

Sebagai rekod, skuad negara yang memburu pingat emas pertama temasya dwitahunan itu sejak kali terakhir menang pada edisi 2011 gagal melepasi peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Meskipun gagal beraksi cemerlang pada kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja, Februari lepas, skuad negara dilihat tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke pusingan separuh akhir sekiranya dapat mengumpulkan khidmat barisan pemain terbaik nanti.

Temasya Sukan SEA yang bakal diharungi ini juga dianggap sebagai medan pemanas badan sebelum mengharungi saingan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada Jun depan.

Pada kejohanan Piala Asia B-23 nanti, skuad muda kebangsaan telah diundi bersama Thailand, Vietnam dan Korea Selatan.

Sementara itu, pada majlis undian yang sama, skuad futsal lelaki kebangsaan yang dikendalikan oleh Chiew Chun Yong akan mengharungi saingan Sukan SEA 2021 bersama Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

Bagi skuad futsal wanita negara pula, mereka turut bersaing bersama Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar dengan kedua-dua saingan dilangsungkan dengan format liga sepusingan.

Pencapaian terbaik skuad futsal lelaki kebangsaan adalah meraih pingat perak pada edisi 2007 dan 2017, manakala skuad futsal wanita meraih pingat gangsa pada 2013.

Skuad bola sepak wanita kebangsaan bagaimanapun me­ngambil keputusan untuk tidak sertai kejohanan sukan dwitahunan kali ini.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04/07/maloney/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.721832 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list