|
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran menunjukkan lokasi sebenar dua penyelam warga asing yang ditemui di 16 batu nautika utara Pulau Bintan, Indonesia. FOTO OMAR AHMAD
Mersing: Remaja warga Belanda, Nathen Renze Chester, 14, yang masih hilang disahkan sudah meninggal dunia oleh bapanya Adrian Chesters, 46, warga Britain yang ditemukan selamat awal pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Adrian memaklumkan anaknya meninggal dunia kerana terlalu lemah dan tidak dapat bertahan.
Katanya, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi membantu mencari mangsa.
"Op Carilamat ditamatkan susulan penemuan tiga dari empat penyelam yang hilang iaitu Kristine Grodem, 35 tahun warga Norway, Alexia Alexandra Molina, 18, warga Perancis dan Adrian Chesters.
"Namun Nathen Renze masih belum ditemui tetapi disahkan meninggal dunia oleh bapanya.
"Mangsa dipercayai hanyut ke perairan Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Terdahulu Adrian Chesters dan Alexia Alexandra ditemui selamat oleh nelayan Indonesia yang pada jam kira-kira jam 1 pagi, di kedudukan kira-kira 70 batu nautika atau 100 kilometer daripada lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang
Pada Rabu, empat penyelam warga asing hilang ketika melakukan aktiviti latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini.
Bagaimanapun pada Khamis, Kristine ditemukan selamat pada kedudukan 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... dah-meninggal-dunia |
|