View: 25104|Reply: 24
|
[Tempatan]
wanita tetap dengan keputusan menikahi lelaki kurang upaya (OKU) yang mengalami kecederaan saraf tunjang
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 30-12-2024 10:06 AM
KUALA LUMPUR – Seorang wanita tetap dengan keputusan menikahi lelaki kurang upaya (OKU) yang mengalami kecederaan saraf tunjang selepas 14 tahun berkenalan walaupun pernah disaran untuk mebina kehidupan baharu.
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh mirasarinazari, dia telah memuat naik video memaparkan acara menyarung cincin antara kedua mempelai.
Difahamkan, individu yang memuat naik video berkenaan merupakan rakan kepada pengantin wanita dan berkata dia kagum dengan ketulusan hati sahabatnya itu.
“Tahniah sahabat. Aku betul-betul mengagumi ketulusan dan kebaikan hati kau. Aku doakan semoga cinta korang hingga ke jannah,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Rata-rata warga netizen mengucapkan tahniah terhadap pasangan tersebut di samping memuji tindakan pengantin wanita itu yang sanggup menerima suami yang serba kekurangan.
Sementara itu, menerusi tinjauan ke laman TikTok pengantin lelaki yang turut dikenali sebagai Mat Jeni, dia telah memuat naik satu temubual isterinya bersama rancangan radio ERA.
Dia mengakui telah berkenalan dengan isterinya dikenali Jawaher sejak 14 tahun yang lalu.
Menurut Jawaher, Mat Jeni atau nama sebenar, Muhammad Zainizam telah mengalami kecederaan saraf tunjang pada 2010 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.
“Punca utama dia, masa 2010 dia jatuh motor dan terbabas. Lepas tu dia ada cervical sublaction. Kemudian dia bedridden (berehat di katil kerana sakit) selama setahun.
“Dia kemudian sembuh dan dah boleh jalani kehidupan seperti biasa lah. Cuma dia tak boleh buat kerja-kerja berat macam tulah,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Jawaher, keadaan Mat Jeni bertambah teruk selepas suaminya itu terjatuh di bilik air pada tahun 2019 sehingga menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
“Sekarang ni, yang menyebabkan dia terlantar sebab tahun 2019 dia jatuh bilik air,” jelasnya.
Tambah Jawaher, Mat Jeni masih mampu makan dan mandi dengan sendiri namun dia memerlukan bantuan untuk bergerak sahaja, seperti mahu ke tandas perlu diangkat ke kerusi roda.
“Makan dia sendiri, kalau mandi orang tolong angkat dia ke mesin dana ke tandas. Mandi dia boleh mandi sendiri. Tangan dia sebelah okay tapi sebelah lemah sikit,” katanya.
Sementara itu, Jawaher menjelaskan Mat Jeni boleh membuat pilihan untuk menjalani fisioterapi atau pembedahan namun ia mempunyai risiko yang tinggi.
“Risiko terlalu tinggi sebab kecederaan terlalu dekat dengan saraf tunjang di otak,” kongsinya.
Ketika ditanya mengapa memilih untuk berkahwin dengan Mat Jeni walaupun tahu keadaannya, Jawaher hanya berkata, dia tidak mampu menjalani kehidupan tanpa suaminya itu.
“Saya memang tak boleh kalau tiada dia. Masa dia sakit, dia pernah suruh saya tinggalkan dia dan cari kehidupan lain dan dia cakap dia tak nak orang panggil dia pentingkan diri.
“Tapi saya tak boleh, jadi saya teruskan kahwin dengan dia,” katanya. – MalaysiaGazette
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mat Jeni ye...bukan Mat Jenin |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah...maybe hati aku hitam... |
|
|
|
|
|
|
|
Ade je org I kenal, mcmni la. Cuma role terbalik yg laki sanggup terima pompuan tu walau da taraf OKU (accident lps bertunang). True love mmg wujud yah. |
|
|
|
|
|
|
|
laki ni kaya ke?
hitam pulak hati i |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah. I am selfish sbb hidup ni sekali saja. Nak kecapi segala nikmat duniawi sementara tuhan bagi rezeki hidup atas mukabumi ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaya kot mat jeni ni..dpt duit insurance juta2.. |
|
|
|
|
|
|
|
insurans related ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ini apa yg ai tgk kt portal web JAKIM...
I. PANDUAN RUKUN NIKAH
RUKUN NIKAH
i) Lelaki - calon suami
ii) Perempuan - calon isteri
iii) Wali
iv) Dua orang saksi (lelaki)
v) Sighah (ijab dan qabul)
SYARAT-SYARAT NIKAH
i. SYARAT BAGI LELAKI (Calon Suami)
Islam
Bukan mahram dengan bakal isterinya.
Bukan dalam ihram.
Tertentu orangnya
Berkemampuan zahir dan batin
Tidak beristeri empat
Tidak dipaksa
ii. SYARAT BAGI PEREMPUAN (Calon Isteri)
Islam
Bukan mahram dengan bakal suaminya
Bukan dalam ihram
Tertentu orangnya
Bukan isteri orang
Bukan dalam iddah
tatau utk kes meka ni dah rujuk dgn jabatan agama islam tempat meka kots... |
|
|
|
|
|
|
|
moga pasangan ni bahagia hingga akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
stephen hawking yg lumpuh pun manage to pregnant
so....
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian ek. tp mcm comel je pulak
congratsss
smoga aman aman takde org kacau rumahtangga deyol |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah
Dah pilihan diaa
Org kalau dah sayang sangat dia takde alasan kenapa dia sayang bebenor kat seseorang tu
Tapi kalau dah bencikkkkkk…
Muncullah sejutaaa alasan
Yg selama ni tak berbau tiba2 dh jd busuk kohong
Yg selama ni lembut licin tiba2 baru sedar berkurap bap
Yg selama ni keras kayu dipagi hari tiba2 baru terasa lembik loklek
|
|
|
|
|
|
|
|
cinta itu buta...ok la asal xrampas laki org..
semoga berbahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah menjaga dengan pahala |
|
|
|
|
|
|
|
teringat movie me before you |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tengok lumpuh mcm tu
semoga berbahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 29-12-2024 04:47 PM
Entahlah...maybe hati aku hitam...
Takpe, uols not alone. |
|
|
|
|
|
|
| |
|