View: 598|Reply: 0
|
[Johor]
Kedai emas sesak selepas bayaran pengeluaran khas KWSP
[Copy link]
|
|
Bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, (kiri) bersama keluarga memilih barang kemas di sebuah kedai emas di Pusat Komersial UDA, di Tampoi, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Sehari selepas pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar kepada ahli yang memohon semalam, pusat komersial dan beli belah di bandar raya ini menjadi tumpuan ramai sehingga sesak luar biasa.
Tinjauan di Pusat Komersial UDA di Tampoi mendapati antara premis yang menjadi tumpuan ramai adalah kedai emas selain butik menjual pakaian raya.
Deretan kedai emas di pusat komersial di situ dilihat dipenuhi orang ramai yang menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka jam 10 pagi.
Bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, berkata dia amat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang meluluskan pengeluaran khas KWSP bermula semalam.
Katanya, dia lega apabila mendapat wang tambahan bagi menyediakan persiapan Aidilfitri.
"Sebelum ini memang agak mencabar kerana saya mempunyai tanggungan besar, suami pula baru kehilangan kerja.
"Dengan pengeluaran khas KWSP ini dapatlah bernafas sikit beli apa yang patut. Separuh wang ini akan disimpan dan digunakan ketika kecemasan sahaja. Separuh lagi buat persiapan Aidilfitri.
"Saya memang berniat nak belikan dua anak berusia 15 dan 12 tahun barang kemas, sama ada gelang atau cincin emas dengan duit pengeluaran ini. Alhamdulillah niat itu tercapai hari ini," katanya.
Juruteknik, Mohd Ashraf A Safar, 27, pula berkata dia juga sangat bersyukur dan lega kerana permohonan mengeluarkan wang KWSP diluluskan.
"Alhamdulillah, saya hanya mengeluarkan separuh daripada jumlah had dibenarkan tetapi memang sangat lega dan bersyukur.
"Ada juga wang lebih selepas bayar hutang, bil dan keperluan lain. Hari ini saya bawa isteri membeli barang kemas kerana banyak membantu saya ketika susah senang.
"Ini juga sebagai pelaburan juga ketika waktu susah kerana emas yang dibeli sama ada boleh dijual semula atau digadaikan ketika kami memerlukan wang," katanya.
Dalam pada itu, pemilik kedai emas, Dayana Haironi, mengakui pelanggan ke kedainya bertambah secara mendadak bermula semalam.
"Sebelum ini pelanggan ramai juga tetapi tidak seramai semalam dan hari ini. Rasanya pengeluaran khas KWSP memang mempengaruhi pertambahan pelanggan yang agak luar biasa.
"Saya jangkakan pelanggan akan terus bertambah dan memuncak pada hujung minggu ini berikutan pengeluaran khas akan mula dibelanjakan orang ramai.
"Untuk itu, kami sudah bersedia menambah stok barang kemas baharu selain menggunakan kakitangan sepenuhnya iaitu 30 pekerja pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngeluaran-khas-kwsp |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|