CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Pahang] JPJ Pahang pandang serius kesalahan guna kenderaan mikromobiliti

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:54 PM | Show all posts |Read mode

Unit Operasi JPJ Negeri Pahang mengadakan advokasi terhadap pengusaha dan pengguna kenderaan mikromobiliti di sekitar bandar Kuantan pada Sabtu lalu. - FOTO JPJ PAHANG

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memandang serius dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya tanpa kebenaran di negeri ini.

Pengarahnya, Kamarul Iskandar Nordin berkata, tindakan itu bertujuan mengelak berlakunya salah guna kenderaan tersebut yang boleh menyebabkan kemalangan.

Menurutnya, penggunaan kenderaan itu kini menjadi 'trend' dan digunakan orang ramai di atas jalan raya.

"Memandangkan pembuatan dan kelajuannya seakan motosikal, ianya boleh mendatangkan bahaya dan risiko kepada penunggang dan pengguna jalan raya yang lain.

"Merujuk kepada Pindaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021, mana-mana orang dilarang daripada menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu di atas mana-mana bahagian jalan tanpa kebenaran menteri terlebih dahulu setelah berunding dengan pihak berkuasa yang berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Unit Operasi JPJ Negeri Pahang telah mengadakan advokasi terhadap kenderaan mikromobiliti bermula jam 9 hingga 11 malam di sekitar bandar Kuantan pada Sabtu lalu.

Kamarul Iskandar berkata, advokasi berkenaan bertujuan memberi nasihat dan pendedahan kepada pengusaha dan masyarakat terutamanya supaya tidak menggunakan kenderaan berkenaan di atas jalan raya atas faktor keselamatan.

Kenderaan mikromobiliti bermaksud mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... eraan-mikromobiliti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052639 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list