View: 383|Reply: 0
|
[Kelantan]
Bayaran pakej taubat RM20 pamer kejahilan
[Copy link]
|
|
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Kota Bharu: Penyebaran pakej taubat dengan bayaran RM20 di media sosial adalah penipuan yang cuba mengambil kesempatan di atas kejahilan individu dalam pendidikan agama.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, jika seseorang itu memiliki pengetahuan agama maka dia pasti tidak mudah tertipu dengan tawaran songsang laman terbabit.
Menurutnya, perbuatan bertaubat kepada Allah SWT boleh dibuat secara terus tanpa bayaran, kecuali kemaafan kepada individu yang perlu dibuat kepada individu terbabit.
"Taubat dalam Islam tidak seperti agama lain yang ada perantaraan kerana bagi mereka yang beragama Islam harus memohon secara terus kepada Allah SWT kerana Allah Maha Mendengar.
"Dalam memohon taubat tidak ada upah atau bayaran dikenakan kerana kesalahan seseorang itu hanya dia sahaja yang mengetahuinya dan individu yang mengambil kesempatan dengan mengenakan upah dianggap jahil.
"Setakat ini, pihak kami belum menerima sebarang maklumat mengenai individu yang terbabit dalam menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran iklan di laman sosial mengenai pakej taubat dengan bayaran RM20.
Terdahulu, beliau menghadiri Program Penerangan Kesedaran Zakat Pertanian dan Zakat Penternakan serta Muamalat Dalam Pertanian Negeri Kelantan di Masjid Muhammadi Bangunan Hilir, di sini, hari ini.
Program dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Agama Islam negeri diminta menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dipetik berkata, siasatan itu perlu bagi mengesan mereka yang terbabit untuk diambil tindakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m20-pamer-kejahilan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|