CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Kelantan] 10 pangkalan persendirian dipantau

[Copy link]
Post time 27-4-2022 10:20 AM | Show all posts |Read mode

TAN Seng Lee pada sidang media ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Pasar Wakaf Bharu mengenai pengoperasian dan pematuhan SOP orang ramai bagi sambutan Aidilfitri semakin hampir. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: Lebih 10 pangkalan persendirian di sepanjang Sungai Golok di sekitar Pengkalan Kubor, di sini dikenal pasti aktif sebagai lokasi penyeludupan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Tan Seng Lee berkata, walaupun modus operandi penyeludup sering bertukar, pihak berkuasa sentiasa dapat 'menghidu' pergerakan aktiviti itu terutama menjelang musim perayaan.

"Tidak dinafikan kegiatan penyeludupan dijalankan tanpa mengira masa namun sepanjang bulan Ramadan, ia kerap dilakukan pada waktu berbuka puasa dan sahur kerana menyangkakan pihak berkuasa tidak melakukan penugasan ketika itu.

"Selain rondaan, penugasan juga membabitkan sekatan jalan raya dan pemeriksaan secara snap check terutama jika terserempak dengan kenderaan yang meragukan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tan berkata, rondaan yang lebih kerap juga dijalankan di beberapa kampung di Pengkalan Kubor yang dikenal pasti menjadi laluan utama penyeludup untuk ke Sungai Golok.

Beliau berkata, bagaimanapun, untuk sepanjang Ramadan ini, hanya tiga rampasan berkaitan mercun sahaja dibuat dan membabitkan nilai RM30,000.

"Kawalan yang sentiasa dipergiatkan di sepanjang sempadan menyebabkan aktiviti penyeludupan berjaya dipatahkan selain bantuan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan lain," katanya.

Terdahulu beliau membuat tinjauan di Bazar Ramadan Pasar Wakaf Bharu mengenai pengoperasian dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rsendirian-dipantau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039425 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list