CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Kelantan] Remaja lelaki maut terhidu gas

[Copy link]
Post time 27-4-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode

REMAJA lelaki berusia 18 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Ketereh dipercayai akibat terhidu gas. FOTO Ihsan Polis

Kota Bharu: Remaja lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Ketereh, di sini, pagi semalam.

Mangsa yang berusia 18 tahun ditemukan tidak sedarkan diri, dalam keadaan berpakaian lengkap, di tempat duduk penumpang sebuah kereta pada 10.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil maklumat awal mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan baring, yang mana tempat duduk direndahkan.

"Mangsa berpakaian lengkap dan tidak ada kesan pecah terhadap kereta yang tidak berkunci dan barangan peribadinya tetap ada di sisi.

"Seterusnya pemeriksaan terhadap tubuh badannya juga didapati tiada apa-apa kesan luka atau unsur jenayah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, mangsa dibawa ke jabatan forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan hasil bedah siasat mendapati remaja itu mengalami pendarahan pada paru-paru disyaki kesan terhidu gas di dalam kereta.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ki-maut-terhidu-gas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046512 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list