|
Kota Bharu: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang terbabit dalam kes tetak seorang lelaki di Kok Lanas, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya percaya semua suspek masih berada dalam negeri dan usaha memburu mereka sedang giat dilakukan.
"Dalam kejadian 2.15 pagi semalam, seorang lelaki berusia 40-an parah di kedua belah kaki akibat ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki di rumah sewanya.
"Semua suspek yang datang ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta menendang pintu rumah sebelum menyerbu masuk dan menetak mangsa berkali-kali.
"Mangsa diarahkan menjelaskan hutangnya namun lelaki itu memberitahu tiada wang menyebabkan dia terus diserang sebelum semua suspek kemudiannya melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Rosdi berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bayar-hutang-diburu |
|