CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Terengganu] Duda anak satu berdepan hukuman mati

[Copy link]
Post time 28-4-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine. FOTO Ghazali Kori

Marang: Duda anak satu didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine.

Tertuduh, Aziz Said, 55, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan seberat 13.2 kilogram dan 555.2 gram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payong, di sini, jam 12.50 tengah malam pada 18 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 boleh dihukum mengikut Seksyen 39 B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa menyalahgunakan dadah jenis methamphetamine di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, jam 4 pagi pada 18 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diikuti dengan perintah pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Mahkamah menetapkan 28 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula dan tiada sebarang jaminan ditawarkan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang tokan dadah bertindak memasang kamera litar tertutup untuk memantau kawasan rumah bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Menerusi serbuan Op Jihad Dadah 2.0/Op Tapis Khas 3.0 itu, sepasukan pegawai dan anggota polis berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai hampir RM500,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rdepan-hukuman-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.031538 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list