CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

Liga Super: Selangor FC tewaskan Sri Pahang 3-1

[Copy link]
Post time 30-4-2022 07:56 AM | Show all posts |Read mode

Hyuri melakukan percubaan ke arah gawang Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ sebentar tadi. - Foto ihsan Selangor FC


Liga Super: Selangor FC tewaskan Sri Pahang 3-1


PETALING JAYA – Pasukan Selangor berjaya mempamerkan kebangkitan untuk melakar kemenangan kedua Liga Super musim ini selepas menewaskan Sri Pahang di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah tidak mempunyai masalah untuk mendahului saingan hasil ledakan Herlison Caion pada minit ke-32.

Bersambung pada separuh masa kedua, giliran Henrique Hyuri pula menunjukkan belang dengan meledak gol kedua buat skuad kendalian Michael Feichtenbeiner pada minit ke-52.

Namun, Sri Pahang berusaha untuk bangkit dan berjaya merapatkan jurang dengan gol ledakan Nor Azam Azih pada minit ke-62.

Ketika skuad Tok Gajah ghairah memburu gol penyamaan, Selangor mendapatkan gol ketiga menerusi ledakan pemain antarabangsa Jordan, Yazan Al-Arab pada minit ke-75 dan keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor kini meraih lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan. – KOSMO! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... kan-sri-pahang-3-1/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.042845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list