CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

Melaka lega Ifedayo mula tunjuk taring

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:43 PM | Show all posts |Read mode

Ifedayo meraikan jaringannya ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman malam tadi.

MELAKA: Pengurusan Melaka United lega selepas pemenang Kasut Emas musim lalu Olusegun Ifedayo meleraikan kemarau jaringan selepas meledak dua gol ketika menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 3-2 di Alor Setar malam tadi.

Pengurus pasukan Melaka, Muhammad Akram Abdullah berkata, dua gol terbabit satu permulaan positif buat Ifedayo untuk tampil lebih berbisa dalam aksi perlawanan selepas ini.

Katanya, kebimbangan pengurusan berikutan ketandusan jaringan kian terhakis selepas penyerang kelahiran Nigeria itu mula menyerlahkan taring sebenar sebagai penggempur digeruni.

Malah aksi malam tadi antara yang terbaik pemain itu yang bergandingan bersama rakan sepasukan ketika reputasi gahnya sentiasa dinanti peminat.

"Apapun, sentuhan cemerlangnya turut menamatkan kerisauan peminat yang bimbang dia tenggelam dengan skuad berkenaan kali ini. Justeru, kami amat mengharapkan Ifedayo terus meledak jaringan demi jaringan untuk membantu kecemerlangan pasukan.

"Pada masa sama saya juga yakin prestasi pasukan akan terus lebih mantap selepas mengutip dua kemenangan berturut-turut bermula dengan kejayaan menewaskan Sri Pahang dua minggu lalu," katanya.

Akram turut mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan kerana berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi selepas ketinggalan dua kali sebelum membenam Kedah dengan jaringan kemenangan pada penghujung saingan.

"Saya harap rentak kemenangan ini akan dapat dikekalkan menjelang aksi berdepan PJ City pada pusingan kedua Piala FA pada 14 Mei ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -mula-tunjuk-taring
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.290776 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list