CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Pahang] Pengunjung pantai Batu Hitam tak takut ubur-ubur

[Copy link]
Post time 14-5-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Pengunjung seolah tidak bimbang dengan kemunculan obor-obor di Pantai Batu Hitam. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Kemunculan ubur-ubur di pantai Batu Hitam, di sini, seolah-olah tidak menimbulkan rasa bimbang terhadap orang ramai apabila mereka mandi-manda di pantai berkenaan termasuk menangkap hidupan laut berbisa itu.

Pengunjung Mohamad Faris Mohamad Salleh, 33, dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur, berkata dia yang datang berkelah bersama ahli keluarga mendakwa tidak mengetahui kehadiran banyak ubur-ubur di pantai terbabit.

Menurutnya, ketika mandi dia melihat beberapa ubur-ubur berwarna putih bersaiz bola ping pong dan hidupan laut itu dihanyutkan ombak.

"Saya sempat menangkap seekor ubur-ubur menggunakan bekas plastik dan meletakkannya dalam lopak air tepi pantai bagi memberi peluang anak saya melihat lebih dekat.

"Difahamkan, ubur-ubur mempunyai sejenis bisa atau racun dan amat merbahaya jika terkena pada anggota badan kerana boleh menyebabkan kecederaan serius pada kulit hingga memerlukan rawatan di hospital.

"Saya tangkap ubur-ubur untuk melihat lebih dekat hidupan itu kerana sebelum ini tidak berpeluang berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, orang ramai dinasihatkan tidak cuba menyentuh ubur-ubur yang kini banyak terdapat di pantai Batu Hitam bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, pihaknya berada di lokasi berkenaan semalam bagi mengenal pasti dan mengambil sampel untuk mengesahkan spesies hidupan laut terbabit selepas menerima maklumat ada individu disengat.

"Kakitangan bahagian teknikal akan meneliti spesies ubur-ubur atau ampai-ampai yang muncul di pantai Batu Hitam sejak beberapa hari lalu.

"Buat masa ini, kita tidak dapat mengesahkan spesies dan sejauh mana bahaya hidupan laut itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tak-takut-ubur-ubur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035970 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list