|
Laporan BH Online pada 6 Mei lalu mengenai penemuan mayat lelaki dalam keadan bogel, kaki dan tangan terikat di Sungai Golong, Kampung Simpangan, Kota Bharu.
KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel dengan kedua-dua kaki serta tangan diikat di Sungai Golok, Kampung Simpangan, Tumpat, 6 Mei lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan kelmarin di sekitar Tumpat.
"Kita berjaya menahan dua lelaki tempatan yang kita amat percaya boleh membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat itu. Pada masa sama, kita masih memburu dua lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan dua suspek yang ditahan mengenali mangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-dan-kaki-terikat |
|