CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Terengganu] Tangkap benih ikan kelah tampung belanja sekolah

[Copy link]
Post time 18-5-2022 10:29 AM | Show all posts |Read mode

TIGA sahabat mencari benih ikan kelah bagi menampung perbelanjaan sekolah di Air Terjun Belukar Bukit. Hulu Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI


HULU TERENGGANU: Hobi tiga sahabat dari Kampung Belukar Bukit di sini, menangkap benih ikan kelah membolehkan mereka menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan sekolah masing-masing.

Aktiviti yang dijalankan sejak empat tahun lalu membantu Mohd. Farizal Ikhwan Ismail, 11, Mohd. Syahril Akim Mat Nawan, 12, dan Mohd. Syahrizal Aiman Abdullah, 14, berdikari sekali gus meringankan beban keluarga.

Mohd. Farizal Ikhwan berkata, sepanjang tempoh itu, mereka jarang meminta wang saku daripada ibu bapa, malah turut memanfaatkan pendapatan sampingan bagi membeli peralatan sekolah termasuk buku.

Murid Sekolah Kebangsaan Betong itu berkata, benih ikan kelah merah dijual pada harga 40 sen seekor kepada seorang penternak di sini dan sepanjang Aidilfitri ini mereka mampu meraih lebih RM100 seorang.

Katanya, hobi itu dilakukan setiap hari selepas pulang dari sekolah antara pukul 2 hingga 4 petang dan diteruskan pada hujung minggu di sekitar kawasan Air Terjun Belukar Bukit.

“Hanya dua peralatan yang dibawa iaitu penapis bagi menyauk ikan di samping bekas kosong dan proses pencarian tidak susah kerana habitatnya di celah batu atau timbunan pokok serta di kawasan air tenang.

“Biasanya dalam tempoh dua jam itu kami berjalan meredah air separas paha sejauh kira-kira satu kilometer dan mampu menangkap kira-kira 350 ekor benih ikan dengan kesemuanya dijual terus,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sementara itu, Mohd. Syahrizal Aiman pula mampu membeli kenderaan terpakai bagi kegunaan keluarganya hasil jualan benih ikan kelah yang dikumpul dalam tempoh beberapa bulan.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka hobi masa lapang bersama kawan-kawan sekampung itu membolehkannya memiliki motosikal terpakai berharga RM800.

“Sebelum ini ada beberapa penduduk kampung yang melakukan rutin sama tetapi selepas kejadian banjir besar pada Februari lalu, hanya kami meneruskan hobi menangkap benih ikan kelah,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ng-belanja-sekolah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038888 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list