CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Pahang] Guna dron kesan pencuri sawit

[Copy link]
Post time 18-5-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode

DRON yang dibeli dengan harga RM8,000 digunakan untuk pemantauan dan mengesan pencuri buah sawit di Felda Jengka 24 di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

   

JERANTUT: Peneroka Felda Jengka 24 di sini mengambil inisiatif menggunakan perkhidmatan dron yang dibeli dengan harga RM8,000 bagi memantau pergerakan individu yang mencurigakan dalam kawasan ladang untuk mencegah kecurian buah sawit.

Usaha terakhir itu terpaksa dilakukan berikutan peneroka di Wilayah Jengka berdepan banyak kes kerugian buah sawit yang semakin sukar dikawal.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Sosial dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pihaknya akan turut mencadangkan semua tanah rancangan di Felda Wilayah Jengka di sini menggunakan alat kawalan tersebut untuk mencegah kecurian sawit.

“Kita sudah pun beli alat kawalan ini dan dalam tempoh percubaan bagi memahirkan penggunaannya. Kita akan pantau pergerakan individu yang keluar masuk di sempadan serta kawasan ladang sawit di sini supaya dapat mengesan kejadian kecurian buah sawit.

“Usaha penggunaan dron ini antara kaedah lebih efektif setelah aktiviti rondaan oleh peneroka di sini buntu kerana masih ada kegiatan mencuri buah sawit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya di Felda Jengka 24 di sini semalam.

Menurut Razak, peneroka di situ juga telah memasang palang di setiap buah pintu masuk utama jalan ke ladang sawit di samping bertindak menggali parit di laluan yang dipercayai kerap digunakan oleh individu yang mencuri buah sawit.

Katanya, peneroka di situ juga menggunakan perkhidmatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membuat rondaan setiap malam bagi mengekang kegiatan tersebut.

Beliau meminta semua JKKR Wilayah Jengka turut melakukan usaha pencegahan kecurian itu dengan penggunaan dron, rondaan bersama Rela dan bekerjasama dengan pengurusan Felda dengan mengehadkan pergerakan lori keluar masuk ke ladang sehingga pukul 6 petang sahaja.

Sementara itu, Pengerusi Biro Ladang Felda Jengka 24, Azmi Saad berkata, kejadian curi buah sawit semakin menjadi-jadi kebelakangan ini berikutan harga komoniti itu semakan mahal.

“Sejak berlaku kecurian, kita telah menubuhkan pasukan rondaan setiap malam yang dilakukan oleh peneroka sendiri. Malah, ada peneroka yang sanggup bermalam di ladang masing-masing sambil melakukan intipan dan pencegahan.

“Kegiatan mencuri ini lazimnya menggunakan kereta atau motosikal yang kadang kala sukar sukar dicam oleh peneroka di sini pihak yang melakukan aktiviti ini bermula pukul 12 tengah malam sehingga awal pagi,” katanya.

Jelasnya, kes curi itu dipercayai dilakukan oleh orang luar dalam kumpulan kecil dan mempunyai kelengkapan yang cukup membawa keluar buah sawit khususnya ketika keadaan dalam ladang gelap. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... esan-pencuri-sawit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.028832 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list