CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Johor] Laluan pejalan kaki jadi parkir kereta

[Copy link]
Post time 23-5-2022 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Kenderaan parkir dibahagian lanskap pejalan kaki sepanjang Jalan Tan Hiok Nie di sini mencacatkan pemandangan dan merosakkan lanskap yang dibina. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Laluan pejalan kaki yang juga landskap disediakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sepanjang Jalan Tam Hiok Nie di sini dijadikan parkir kereta mengundang kemarahan masyarakat.

Tinjauan di sepanjang lokasi terbabit mendapati bukan sahaja kenderaan bernombor pendaftaran tempatan diparkir malah turut menjadi sasaran kenderaan bernombor pendaftaran asing sehingga merosakkan laluan pejalan kaki berkenaan.

Peniaga kedai runcit, Muhammed Abdul Hamid, 71 berkata, situasi itu sebenarnya berlaku sejak sejak lima tahun lalu apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) mengindahkan semula kawasan bandar raya ini.

"Di kawasan ini hanya terdapat satu kawasan parkir yang dekat dengan deretan kedai, tetapi ia terhad kepada 15 kereta sahaja dan jumlah itu tidak mencukupi.

"Kebanyakan yang parkir ini biasanya pelanggan kedai, pelanggan saya sendiri mengadu susah mahu letakkan kenderaan di kawasan ini," katanya yang sudah 12 tahun berniaga di kawasan itu.

Bagi pekerja swasta, Tan Wai Jing, 36, perbuatan pemandu meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki di situ bukan perkara baharu dan pihak berkuasa sering mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan terbabit.

"Sudah lama laluan pejalan kaki ini dijadikan parkir, khususnya kepada pelanggan kedai makan di sekitar kawasan ini kerana tempat letak kenderaan mungkin agak jauh dari kedai yang mahu dikunjungi.

"Saya pernah nampak kereta disaman dan ditunda oleh pihak berkuasa tetapi setiap hari pasti akan ada lagi kenderaan diletakkan di laluan itu," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata penguat kuasa MBJB sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan dengan menunda kenderaan yang diletakkan di kawasan itu.

"Sejak awal tahun ini MBJB mengambil tindakan menunda 1,170 kenderaan yang diparkir di laluan pejalan kaki di sekitar bandar raya ini mengikut bawah peruntukan Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan dan Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MBJB 1981 pindaan 2014 dan kompaun siar kaki di bawah seksyen 46(1)(g)," katanya.

Katanya, selain pemantauan dan penguatkuasaan berterusan, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dengan meletak kenderaan di lokasi yang disediakan dan dibenarkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jadi-parkir-kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 1.235596 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list