CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Pahang] UMP cipta 'Rajawali'

[Copy link]
Post time 24-5-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Dron pelbagai fungsi menggunakan kepakaran tempatan dikenali `Rajawali' dicipta untuk membantu meningkatkan produktiviti sektor pertanian - Foto NSTP/Ihsan UMP

PEKAN: Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Teknologi (PRInT) berjaya mencipta dron pelbagai fungsi menggunakan kepakaran tempatan yang dikenali sebagai `Rajawali'.

Dron berkenaan dicipta bagi memperluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Baru-baru ini sesi ujilari yang diadakan di kawasan sawah padi sekitar Kampung Serandu, di sini bagi menguji teknologi dron itu untuk aktiviti penyemburan baja dan racun khususnya untuk kerja pertanian.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman; Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Dr Mohd Hasbi Ab Rahim; Ketua Penyelidik yang juga Pensyarah Kolej Kejuruteraan, Dr Noor Zaihah Jamal dengan dibantu pengamal dron, Zek Aman Abd Ghani dan Ketua Kampung Serandu, Mohd Khairuddin Zakaria.

Noor Zaihah berkata, dron itu mempunyai kapasiti tangki sebanyak 30 liter dengan kelajuan semburan air maksimum 10 liter seminit minit manakala kecekapan semburan pula iaitu sebanyak 0.4 ekar seminit.

"Ia dapat dikawal pada jarak jauh dengan ketinggian 30 meter dengan kelajuan maksimum 10 meter sesaat.

"Bagi kawalan penerbangan ia menggunakan `Flight Controller, GPS Sensor and Remote Control'.

"Selain itu dron ini juga menggunakan bateri dengan kapasiti 4,000 mAh dan kelajuan motor 5,000 pusingan seminit (rpm).

"Saya mengharapkan dron ini dapat meningkatkan kualiti dan pertumbuhan ekonomi bagi masyarakat sekitar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata dron itu adalah hasil inovasi dan penyelidikan penyelidik UMP sendiri yang mana teknologi berkenaan boleh dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

"Sehingga kini, difahamkan lebih 9,000 pelajar telah menyertai program robotik dan dron dalam program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dilaksanakan pensyarah UMP.

"Begitu juga komuniti di Pekan termasuk kanak-kanak sehingga peringkat dewasa turut merasai keberadaan UMP sama ada dalam bidang akademik mahupun perkongsian teknologi.

"Saya harap teknologi ini dapat diperluaskan dan membantu dalam aktiviti pertanian sehingga menghasilkan pengeluaran hasil tanaman secara optimum," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... /ump-cipta-rajawali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044818 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list