CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Kelantan] Penunggang ditahan rempuh polis

[Copy link]
Post time 25-5-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode

PENUNGGANG ditahan kerana gagal berhenti dan merempuh anggota polis trafik. FOTO Ihsan Polis.

Kota Bharu: Lelaki ditahan selepas gagal memberhentikan motosikal ditunggangnya dan melanggar seorang anggota polis ketika operasi 'snap check' di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika tujuh anggota polis trafik termasuk mangsa sedang melakukan penguatkuasaan.

Katanya, anggota menahan motosikal Yamaha 150 ZR ditunggang suspek berusia 22 tahun, namun dia tidak mengendahkannya dan melanggar seorang daripada anggota yang berada di bahu jalan ketika cuba melarikan diri.

"Akibat pelanggaran itu, suspek dan anggota terjatuh dan mengalami kecederaan. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

"Pemeriksaan pada badan suspek tidak menemui sebarang sebarang barang salah dan suspek yang juga nelayan tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan kenderaan sudah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, Shuhaimi berkata, suspek direman selama empat hari dan kenderaannya disita.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1947.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itahan-rempuh-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049350 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list