CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Pahang] Peneroka Felda Jengka 24 guna dron pantau kecurian buah sawit

[Copy link]
Post time 26-5-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Dron yang akan digunakan peneroko Felda Jengka 24 untuk memantau dan membundung kss kecurian buah sawit di felda berkenaan. Gambar kecil: Razak

JENGKA - Peneroka Felda Jengka 24 di sini mengambil inisiatif untuk membendung kes kecurian buah sawit di kawasan rancangan tersebut berikutan kenaikan harga komoditi itu di pasaran.

Selepas menggunakan khidmat anggota Jabatan Sularelawan Malaysia (Rela) yang bertugas melakukan rondaan setiap malam bermula jam 11 malam hingga pagi beberapa bulan lalu, mereka memilih untuk menggunakan dron bagi tujuan tersebut.

Ketua Peneroka Felda 24, Razak Daud, 60, memberitahu, dron yang bernilai RM4,000 itu kini dalam tempoh percubaan dan dijangka boleh digunakan sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

"Guna dron dilihat lebih efektif dan selain memantau sebarang aktiviti mencurigakan ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain.

"Ia juga boleh membantu kita untuk mengesan pokok-pokok sawit yang tidak sihat, berpenyakit di dalam ladang milik peneroka.


Selain memantau kegiatan mencuri buah sawit, dron itu juga dapat digunakan untuk memantau pokok berpenyakit.

"Selain itu, ia juga boleh mengesan jumlah pokok yang berlebihan kerana setiap ladang, ditanam 560 pokok bagi keluasan empat hektar sekali gus melakukan penebangan supaya ada penjarakan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ujarnya, selain dron dan rondaan di dalam ladang, peneroka di situ juga telah memasang palang di setiap buah pintu masuk utama jalan ke ladang sawit serta menggali parit di laluan yang dipercayai kerap digunakan oleh individu yang mencuri buah sawit.

"Lori juga tidak dibenarkan masuk selepas jam 6 petang dan syukur, kes kecurian dilihat menurun berbanding sebelum ini," tambahnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kecurian-buah-sawit
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034941 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list