View: 430|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pusat TafaqquhFi Din Tok Syeikh Duyong martabatkan ilmu turath
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Pembinaan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyong di Taman Tamadun Islam di sini bakal melahirkan lebih ramai ilmuan dan ulama di Terengganu dalam bidang pengajian Islam.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan kampung ilmu itu juga bertujuan memperkasakan dan mengembangkan bidang pengajian Islam di negeri ini sekali gus memartabatkan ilmu turath di Terengganu
Beliau berkata, pusat berkenaan juga akan memberi peluang kepada pelajar lepasan pondok untuk meneruskan pengajian mereka dengan lebih mendalam.
"Di Terengganu ini sebenarnya, ramai ulama-ulama terdahulu yang memainkan peranan dalam pelbagai cara iaitu sejak sebelum kita mencapai kemerdekaan, semasa penjajahan dan pada waktu sekarang.
"Jadi kita merasakan perlunya untuk mewujudkan suasana keilmuan dengan mendalami balik ilmu-ilmu yang pernah ditulis kepada anak-anak di Terengganu.
"Ini adalah penghormatan kepada ulama Islam terutama Tok Syeikh Duyong dan kita mahu mengangkat nama Tok Syeikh Duyong yang sememangnya banyak berjasa dengan pusat ini akan menjadi tempat khusus untuk kita kembangkan ilmu bukan sahaja daripada Tok Syeikh Duyong tetapi daripada tokoh atau ulama yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Ulama Terengganu : Sumbangan Tok Syeikh Duyong kepada Negeri Terengganu dan Majlis Pecah Tanah Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyong di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di sini, semalam.
Ahmad Samsuri berkata, fasa pertama iaitu pembinaan yang bermula hari ini dijangka siap dalam tempoh 78 minggu membabitkan kos RM7juta.
Beliau berkata, pembinaan kampung ilmu itu akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan tiga fasa.
"Sebenarnya pelajar sudah ada dan mereka ini ditempatkan di Masjid Seberang Takir dan apabila siap kelak, mereka akan berpindah ke sini," katanya
DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Seminar Ulama Terengganu : Sumbangan Tok Syeikh Duyong kepada Negeri Terengganu dan Majlis Pecah Tanah Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyong di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam. FOTO ZAID SALIM
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilmu-turath-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|